Friday 16 December 2011

#wordless friday

 tiada lagi kah makluk ALLAH bernama wanita di dunia ini?kenapa harus mengahwini sesama jenis?
NOTES:ALLAH S.W.T mencipta Hawa untuk Adam,dan ALLAH juga mencipta Adam untuk Hawa ..

Thanks For Read My Blog ^__^

Tuesday 13 December 2011

Segmen - Nak Masuk Dalam Vlog Nizam Ijam

tiba tiba EE tertarik lak dengan segmen yang cik abang Nizam Ijam ni buat .. macam menarik je kan,memang menarik pun la,senang cite korang click jela gambar header blog Nizam Ijam kat atas tu ye,kang EE tulis sampai berbuih jari pun memey korang susah nak faham punya la sebab EE tengah pening ni .. hehe nak join nak join .. hope belum terlambat untuk EE join segmen ni .. okayh orang yang EE nak tag calon calon nye ialah .. jeng jeng jeng ..



Thanks For Read My Blog ^__^

Sunday 11 December 2011

Eycha Evans Sombong?


dalam dunia ni macam macam jenis manusia ada kan .. kadang kadang kita layan pun susah,tak layan pun susah ..ada orang nak kita layan dia je .. kadang kadang tu ada juga yang sanggup bergosip sana sini bagitahu kawan kawan dia yang kita ni sombong gila .. yela mulut orang kita tak boleh nak tutup .. ahh EE straight to the point jela erk .. ada orang cakap EE sombong .. betul ke?
tengok la tu,dia cakap EE sombong .. dia siapa pun EE tak tahu dia pernah tegur EE ke?kalau tegur kat fanpage EE rasanya semua EE layan .. kalau tegur kat shoutbox,sorry la sebab memang EE tak boleh nak balas sebab dia tak letak LINK dia .. serius EE cakap,EE selalu balas komen komen yang orang post kat EE .. kenapa masih nak cakap EE sombong?tak faham pula EE dengan awak ni .. cuba tengok wall page EE,orang komen apa semua nya EE balas tau .. kalau korang nak tahu EE sombong atau tak cuba korang click >Sini<  dan >Sini< ada tak dyeorang tu cakap EE sombong? mintak maaf la kalau ada komen komen yang EE tak balas ke apa ke .. maybe EE terlepas pandang ..
NOTES:mulai hari ni EE tak mau la balas komen korang lagi dah,EE merajuk

Thanks For Read My Blog ^__^

Saturday 10 December 2011

Rantai Burung Hantu HARAM????


atototottt cantik nye rantai burung hantu tu kan .. ramai dah pakai rantai burung hantu ni ..

 orang kata -
-"kau pakai ni , fesyen baru rugi kalau tak pakai"
-"tengok ni loket gamba 'BURUNG HANTU' ni , aku nampak dalam tumblr hari tu comel sangat sangat jom kita beli


tapi korang tahu tak yang rantai ni haram dipakai oleh orang yang beragama ISLAM?tak tahu?nak tahu sebab apa tak boleh pakai?jom layan gambar gambar kat bawah ni dulu ..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



 [KALAU ANDA PERNAH LIHAT SIMBOL ATAU APA JUA BERKAITAN DENGAN INI , DIHARAP ANDA DAPAT JAUHKAN DIRI DARI MEREKA ]

Bersusah payah RASULULAH S.A.W , berhijrah , untuk menyebarkan islam , mahu manusia ini selamat , mahu umat-nya hidup senang di dunia dan di akhirat tapi kita? apa kita buat? menjatuhkan maruah agama , sanggup murtad , sanggup bergadai maruah diri , bangsa dan agama.

tahukah anda mereka(pemuja dajal) tersenyum melihat kamu semua bangga dengan loket burung hantu itu , bagi mereka(pemuja dajal) burung hantu sebagai simbol ritual mereka , 

MAJORITI perempuan di negara kita memakai loket ni ketika bersiar-siar dan yang paling menyedihkan mereka memakai loket ini besertakan tudung , dan sudah teranglah mereka ini ISLAM , 

Maka kita kena hindar benda ni dari terus berluasa , kita kena peka !
wahai kaum Adam wahai kaum Hawa bangkit ! kita kena bertindak , kita kena halang semua ini.

Kita PERLU saling menasihati antara satu sama lain , kita kena PEKA , sebelum kita beli kita tengok dulu fikir dulu. takut kita tersalah beli , Mereka suka sahaja kerana rancangan mereka berjaya.

YaALLAH nasib baik EE tak beli lagi rantai ni,nasib la masa EE nak beli tu tiba tiba tak bawa duit .. mungkin itu petunjuk ALLAH supaya EE tak beli rantai tu .. Alhamdulillah,terima kasih ALLAH .. pada awek awek yang tengah bangga pakai rantai tu cepat cepat la buang rantai tu .. ohh ya kalau korang nak tahu lebih mengenai "Rantai Burung Hantu" ni korang klik >Sini<  banyak lagi info pasal rantai ni kat situ (EE copy paste entry ni dari blog tu :) )
NOTES:wake up girls buka mata dan minda,kita ISLAM .. tepuk dada tanya selera ..

Thanks For Read My Blog ^__^

Friday 9 December 2011

Berpoya poya kat IOI MALL

IOI MALL PUCHONG
hari ny best betul dapat keluar jalan jalan kat IOI MALL PUCHONG .. haha walaupun tak ada la syok sangat pun IOI ni .. tapi boleh la dari duk rumah je kan .. kesian orang tak pernah keluar,dapat keluar sekali sekala pun dah syok habis dah .. tu pun keluar dengan kakak kakak tersayang je .. yang kelakarnye EE siap pakai baju lawa lawa lagi,padahal bukannya ada orang lagi pun kat ioi pagi pagi buta tu .. masa sampai kat ioi EE rasa segan lak nak turun kereta sebab pakaian EE macam terOVER sangat pula kan,dengan kasut tumit tinggi 3 inci nye .. YaALLAH malunye cuma EE,and ALLAH je yang tahu .. mula mula okay je jalan,lepas tu kaki mula melecet,aduh nak jalan pun macam tak jalan je kaki ni tak terasa apa dah .. ermm sabar jela kan sebab EE yang gedik gedik nak melaram pakai lawa lawa .. lepas tu kita orang pusing pusing satu ioi mak oiii pedih kaki ni makin menjadi jadi,tapi malas nak merengek kat kakak kakak EE tu,nanti dieorang nak balik cepat pula .. pergi kedai kasut kejap lepas tu kakak EE rasa lapar,so kitaorang pun pergi la jusco beli sushi *betul tak aku eja ni?* ermm kakak EE yang sorang tu la suka sangat sushi EE tanya kakak EE "sedap ke benda alah ni?" lepas tu kakak EE suruh cuba dulu .. emm tengok kakak EE amik macam sedap je,EE pun amik la satu dah dia nak belanja sangat .. EE tanya lagi sekali,sedap sangat ke,kakak EE cakap sedap EE pun amik la lagi satu .. okay dah lepas bayar semua tu EE and kakak kakak EE pun pergi KFC sebab akak EE lagi sorang tu tak suka sushi .. so sementara tunggu KFC sampai kitaorang pun makan la sushi,urmm gila la .. tak sedap langsung .. nak muntah pun ada .. bukan apa,rasa macam makan ikan mentah lak .. kembang tengkok .. haha,lepas tu EE ternampak ice cream kat kedai depan KFC,EE suruh kakak EE belanja .. kakak EE pun hulur la RM10 kat EE suruh beli ice cream tu .. tapi EE ni jenis yang pemalu sikit,malu nak beli sendiri .. so kakak EE pergi la beli kan untuk EE ice cream vanilla .. gila la orang tu jual ice cream sampai RM6 satu cup kecik .. mahal gila,padahal sama je macam india bawak moto jual .. rasa pun tak sedap pula tu .. EE makan sesuap terus EE suruh anak buah EE yang umur dua tahun lebih tu tolong habis kan sebab rasa ice cream tu bukan macam vanilla tapi macam susu budak budak kecik .. werkkk buat kali kedua nya EE nak termuntah .. dah la EE dari kecik memang pantang sikit dengan susu ni,sejak kecik memang tak suka susu .. okay la tu je story hari ni .. byebye ..
NOTES:Tadi nampak ada sorang mamat tu encem gila,putih je,siap berbaju melayu warna pink lagi dihari jumaat ni .. aww cair sudah .. dah la asyik pandang pandang EE je .. hehe ..

Thanks For Read My Blog ^__^

Thursday 8 December 2011

8 rahsia lelaki yang wanita perlu tahu

1. lelaki tidak detail dalam percakapan
Contoh Kes : Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what’s his commEnt dier just cakap:”mm..dah nak putus nak wat camne…”

ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi Hobi
Contoh Kes : Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?

ALAsaNi sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.

3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.
Contoh Kes : Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?

AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.

4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.
Contoh Kes : Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!

AlAsan ejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5.Lelaki tidak bergosip
Contoh Kes : Bila kita kata:”"eh betul ke ni?” dia pantas memoTong:”pegi makan jom!dah lapar nie…”

AlasaN ebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
Contoh Kes : LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:”eleh,macam tu pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau.”

Alasan agi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.TiTik!

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam tangan dan apa saja!
Contoh Kes : Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian kedai komik then sana,sini…semata-mata nak cukupkan koleksinya.

Alasan erbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan bukan kekasihnya.
Contoh Kes : Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat saja:”I tak suka ahh!! tukar lain..!”Bengang kan…?

AlaSan agi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian “rangsangan” yang lainnya– mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain.
Thanks For Read My Blog ^__^

Hentikan hinaan dan kutukan terhadap Adik Amira Afiqah

tadi masa EE blogwalking kat satu blog tu EE ternampak kisah adik Amira Afiqah yang kena kutuk kaw kaw kat satu blog tu,padahal tu bukan blog dia .. kat facebook pun dah ramai yang publish blog palsu tu .. korang tau sebab apa dia kena kutuk and maki?sebab orang yang buat blog tu kutuk kutuk K-POP aduh sebab K-POP pun sampai nak maki maki anak orang,saudara seislam pula tu .. kenapa erk manusia sekarang suka buat tindakan melulu tanpa usul periksa?best ke korang kutuk Amira tu?just sebab K-POP?EE rasa tak patut la korang buat macam tu .. orang yang buat blog tu pun lagi satu,ntah kenapa nak simpan hasad dengki sangat tak tahu la .. tu antara dia dengan Amira la,tapi jangan sampai nak malu kan orang .. hentikan la kutukan,hinaan and cacian yang korang hembur kat Amira Afiqah tu,buat tambah lagi berbakul bakul je dosa korang tu .. now pakcik Amira Afiqah nak saman korang .. apa macam?best? *tiba tiba keluar ayat KL GANGSTER lak*  sebab tu la zaman sekarang kita jangan terlalu percayakan orang ..kalau nak tahu kisah selanjutnya baca >sini<
NOTES:Ni la manusia sekarang,tak boleh tengok orang tu lebih dari dia .. mesti nak dengki

Thanks For Read My Blog ^__^

Tuesday 6 December 2011

Say Good Bye to My Page

heppp korang,apa buat?sihat?EE macam semalam gak mata tak okayh agy .. hari ny stress gile .. maybe page EE akan dipadam dari pihak facebook kot nanti ..  hurmm sedih lak rasa,page tu dah ada 22k kot yang like .. tiba tiba dapat tau akan didelete lak .. nangis la juga EE siang tadi,sampai terlena .. picture peserta contest Me & My Pet pun EE tak masuk kan dalam album lagi .. hilang semua mood EE tahu tak .. EE ni buta IT sikit,tak tahu nak settle benda ni macam mana .. hurmm apa yang mampu EE buat sekarang ni cuma tunggu masa untuk tengok page Eycha Evans (EE) hilang .. :'( jom ramai ramai wish goodbye kat page EE .. hahahahahahahahaha (gelak orang gila + tension)
NOTES: I love my page so much

Thanks For Read My Blog ^__^

Monday 5 December 2011

Kenapa Jadi Macam Ni?

terkejut beruk EE masa EE dapat berita adik Khairul Fahmi Che Mat meninggal,ermm Al-Fatihah untuk arwah .. lagi sekali EE terkejut beruk bila EE tengok cermin mata EE dua dua belah jadi merah .. lebih kurang macam picture kat atas tu la .. aduh pelik nye,kenapa jadi macam ny erk?nak cakap sakit,tak ada la pulak .. rasa normal jewh .. tak kan sebab EE tak tidur kowt ..YaALLAH yaTuhan ku,jauh kan la aku dari segala penyakit yang merbahaya .. aduh risau risau risau .. dah la takut nak gy hospital lak tu .. aduh macam mana ny .. :'(
Thanks For Read My Blog ^__^

CONTEST me & my pet

hello,akhirnye siap gak banner untuk contest tu,sorry la ye EE terpaksa buat contest me & my pet coz ramai yang tak tahu contest gambar bersahaja tu macam mana .. hehe masalahnye EE pun tak tahu gambar bersahaja macam mana .. so EE amik keputusan nak buat contest me & my pet jela ..


  • Semua layak join,tak kira korang lelaki mahupun perempuan
  • 10 peserta terawal EE akan bagi 50 vote percuma untuk korang,yang lain 30 vote percuma
  • Upload kan gambar korang dengan pet korang kat wall page Eycha Evans(EE)
  • Semua jenis pet boleh join gajah,gorila,buaya,harimau semua boleh lagi2 kalau pet korang tu sugar glider and kucing .. EE suka sugar glider and kucing (Pig & Dog sorry tak boleh join)
  • Maklumkan kepada rakan facebook korang supaya mengundi gambar taruhan korang.
  • Korang juga boleh mengajak rakan facebook korang untuk join contest ini.
         50% undian EE,50% undian rakan facebook korang. 


HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI :-
  • TEMPAT PERTAMA: Topup Rm60 (Maxis,Celcom & Digi)
  • TEMPAT KEDUA:Topup Rm30 (Maxis,Celcom & Digi)
  • TEMPAT KETIGA:Topup Rm10 (Maxis,Celcom & Digi) 

 CARA JOIN :-
1.LOG IN facebook korang dan search Eycha Evans (EE)
2.Upload kan gambar korang dengan pet korang dekat wall page Eycha Evans (EE)
3.Selepas gambar korang dimasukkan dalam album CONTEST Me & My Pet korang boleh mula ajak rakan facebook korang vote gambar korang.
4.Jangan tag ataupun bagi link gambar korang kat EE ye,sebab mungkin tak sampai kat EE.
5.Bagi peserta yang ada blog korang wajib follow blog EE bagi memudah kan korang tahu perkembangan contest ini.
6.Ambil banner kat atas tu letak lah dalam blog korang dan buat lah satu entry bertajuk "CONTEST Me & My Pet by Eycha Evans" (jangan lupa link kan ke blog EE)
7.bagi link entry tu kat kotak komen bawah ni.


TARIKH TUTUP PENYERTAAN :-
15 March 2012

AMARAN :-
jika berlaku kesilapan semasa vote gambar,EE tidak akan bertanggungjawab .. jadi pesan lah pada rakan facebook korang supaya vote gambar korang yang ada dalam album CONTEST Me & My Pet .. bukan yang kat wall page EE ..

NOTES:kalau peserta tak sampai 30 orang,contest ini akan dibatal kan serta merta

Thanks For Read My Blog ^__^

Sunday 4 December 2011

Oh Tidak,Saya DiTag

apocotttt terkejut mak jemah *sejak bila jadi mak jemah lak ny* bila diberitahu sebegini rupa "Anda di tag" masyaALLAH thanks la coz sudi tag EE ye :) okayh so EE nak kena jawab exam ny .. macam macam soalan adoo .. hee exam la sangat .. EE kena jawab soalan Eiyna ny ..


1// You must post these rules in your entry
2// Each person must post about themself in their jurnal
3// Answer the question that tagger has set for you in their post and create 11 new question for the people you have tagged to answer
4// You must choose 11 people to tag and link then to your post
5// Go to their page to tell them that you have tagged HIM/HER
6// No tag back
7// No stuff in the tagging section "You are tagged if you are reading this"

  11 thing about myself ^-^
♥ Firstly , my name is Eycha Evans . EE , foe short :)
♥ sweet 19 :)
♥ Bercita cita nak jadi modeli,tapi saya kurang tinggi  .maybe jadi blogger kesayangan kowt .. Insyaallah :)
♥ I love ALLAH SWT , Family , Frendss , Boyfie :)
♥ Like facebooking , blogwalking , texting , and twiter 
♥ manja,baik kalau orang tu baik dengan saya :)
♥ Hate fackers !,haters,liar :)
 ♥ suka merajuk,suka nangis
♥ anak ke 7 dari 9 orang adik beradik :)
♥ I'm not pretty n i'm not perfect :)
♥ I love Myself :)

  Jawapan for Question from Eiyna
1.Eycha Evans or EE
2.ofcourse TAKEN  
3.coz ada tempat nak bermanja,bergaduh,mengadu pape 
4.ALLAH S.W.T,parents,boyfie
5.coz dyeowg selalu ade waktu saya susah and senang
6.enemies?setakat ny Alhamdulillah tak ade .. and kalau boleh tak nak ada pun musuh musuh ny
7.tak perfect kowt,mana ada orang sempurna kat dunia ny
8.sebab saya manusia biasa :)
9.holiday selalunye pegi berkhemah kat batang kali
10.Anis Hafiza Binti Azmi,tapi dah lama terpisah
11.tak suka la lelaki/perempuan liar..kang kite pun terjebak..

And this is some question untok org yg bertuah xD 
1.blog mana yang selalu korang baca?
2.artis yang paling korang suka?
3.jenama minyak wangi paling korang suka?
4.korang selalu hangout kat mana?
5.bila online facebook korang bosan tak?
6.bahagian tubuh korang yang korang suka?
7.korang rasa korang cantik tak?
8.suka cartoon tak?
9.kenapa korang suka/tak suka cartoon?
10.korang suka kucing?
11.lastly korang suka makan apa?
Orang Bertuah:Adik Ina Amyza,scha,Dayah Jelita,izlin,adik wani,Nana Lee,Yayang,Cik Eykaa,echa,Ayien Wattau,miza
NOTES:kalau korang nak copy rules tu,korang click kat nama Eiyna yang warna biru tu tau,coz blog EE tak boleh copy paste


Thanks For Read My Blog ^__^

Eycha Evans Digelar Ratu Contest

huii best nye digelar Ratu walaupun bukan ratu cantik,ratu contest pun ratu contest la .. hahahaha mampu ketawa jewh la bila EE digelar ratu contest .. siapa yang gelar EE macam tu?kawan facebook EE la,dye cakap camny "EE mulai hari ny saya gelar kan awak Ratu Contest tau" EE tanya dye nape nak gelar EE camtu plak?dye cakap coz EE kaki buat contest .. pastu contest EE selalu dapat sambutan lak tu .. dye cakap hadiah yang EE bagi terlalu besar,cam terlalu buang duit.. dye cakap dye tengok page orang lain bagi hadiah topup Rm30 jewh paling banyak .. aiyakkk EE ny membazir sangat kewh? kalau membazir takpe la lepas ny kalau EE buat contest lagi EE bagi hadiah sikit dah la erk .. hehe EE memang suka boros tak tentu pasal kowt .. okayh la nak buat banner untuk contest lepas ny lak *tak abis abis dengan contest* suka hati laa.. kbaiii
Thanks For Read My Blog ^__^

Saturday 3 December 2011

Tutorial Unblock Rakan Dari Facebook

sebut jewh pasal facebook pasti semua orang tahu .. korang tak tahu?tak ada facebook?cepat sign up sekarang .. tapi ingat facebook ny boleh membuat kan kita leka dengan hal hal lain .. kadang kadang disebabkan facebook kekasih,kawan baik bergaduh sampai block memblock antara satu sama lain .. semalam adik sedara EE tanya "kak cha,macam mana cara nak unblock orang yang kita dah block dari facebook?" so malam malam buta ny EE nak kongsi totorial unblock rakan dari facebook dengan korang ..

first korang sign in facebook korang dan ikut step kat bawah ny(SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK GAMBAR LEBIH JELAS

1.Pilih TETAPAN PRIVASI
lepas tekan tetapan privasi dye akan terus keluar macam ny kan?korang pilih Blocked People and Apps lepas tu Manage Blocking
last sekali korang akan dapat macam kat bawah ny,korang cari nama orang yang korang nak unblock tu and korang click buang sekatan .. 
dah siap :) korang boleh mula berhubung dengan orang tu balik ..
NOTES:kalau tak jadi jangan marah EE erk .. hee sharing is caring kan ..

Thanks For Read My Blog ^__^

Nak Buat Contest Lagi Boleh?

amboi korang ny pantang tengok perkataan contest,nampak jewh terus datang belog EE yang comot ny .. EE ingat nak buat contest lagi la,bukan apa .. EE bosan la bukak fanpage EE sekarang ny dah tak ada orang post pic untuk CONTEST BFF tu .. agak agak kalau EE nak buat contest ny korang nak join tak? hehe jangan tenyeh tenyeh or tonyoh tonyoh mata korang tu,betul la apa yang korang baca tu .. gedik kan EE ny?CONTEST BFF belum abis dah nak buat contest lain .. tapi tak tahu la nak buat kewh tak contest tu .. nak tengok ada sambutan kewh tak dulu .. kalau ada sambutan sama sama la kita join yer .. hilang kan kebosanan EE ny ..
NOTES:sila komen entry ny tanda sokongan anda .. setuju atau tak?

Thanks For Read My Blog ^__^

Friday 2 December 2011

30 Rahsia Perempuan yang Lelaki Perlu Tahu!

 1.Bila sorang wanita mengatakan dia sdang bsedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sdang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu slps kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya smula sbelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang org yg paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yg patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dgn sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sdg keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita mmg sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dgn gadis yg sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan
berkasar sebab ada satu semangat dlm diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih
awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di
sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di
tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka
yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau
sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus
hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau
nak memikat wanita pandai-pandailah âe...

30. Sebenarnya mumudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan
disayangi sepenuh jiwa..
Thanks For Read My Blog ^__^

Thursday 1 December 2011

Tips Memenangi Hati Bekas Kekasih

setiap percintaan pasti ada perpisahan,ada perpisahan yang amat menyiksa kan kita,kerana kita terlalu sayang kekasih kita tu .. kadang kadang kita merayu tapi si dia tidak mengendah kan kerana si dia terlalu ego .. nak dapatkan ex boyfriend korang balik ? cube try cara nie.. ~

1. BERHENTI ‘MENGEJAR’ SI DIA.
Jika anda benar-benar inginkan dia kembali, inilah cara yang terbaik. Jika anda fikirkan dengan cara menelefon si dia setiap hari memujuk rayu untuk kembali bersama dengan, meninggalkan sms atau e-mail yang penuh dengan pengharapan supaya dia kembali bersama anda akan membuatkan dia kembali, anda silap! Malahan ini akan membuatkan dia semakin benci dengan anda.

2. BERHENTI MENJADI STALKER
Berhentilah daripada terus mengintip si dia… Cuba anda bayangkan, jika anda berada pada situasi dia, apa yang akan anda fikir tentang ex anda yang sering mengintip anda? Sudah tentu anda akan rasa rimas dan fikir dia seorang yang gila dan berbahaya!

3. ELAKKAN KEMURUNGAN
Jika anda rasa dengan cara menyeksa diri sendiri seolah-olah tiada lagi makna untuk hidup, tidak mahu bersosial, duduk terperap saja dirumah dan sering menangis mampu membuatkan si dia berasa simpati dan serba salah, anda silap. Dia juga mempunyai hidup dia sendiri dan jika dia ingin kembali dengan anda semata-mata untuk menjaga hati anda, adakah itu dinamakan cinta? Gunakan cara yang lebih baik untuk kembali bersama.

4. PERBAIKI DIRI ANDA
Cuba fikirkan kembali kenapa hubungan anda terputus. Mungkin kerana perangai anda sendiri yang tidak menghargai dia dengan baik. Jadi, belajarlah untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Belajar menjadi seseorang yang mampu menghargai diri seseorang. Berhenti menyalahkan diri dia kerana anda kena faham, anda tidak boleh mengubah seseorang anda tetapi anda boleh mengubah diri anda dan apabila anda berubah, seseorang itu juga akan berubah.

5. KEKAL BERINTERAKSI
Berpisah bukan bermakna tidak boleh bertegur sapa. Anggaplah dia sebagai kawan walaupun hakikatnya anda rindukan saat-saat bersama. Gunakan sms, facebook dan sebagai platform untuk kekal berhubung. Elakkan berbual tentang hubungan yang lepas. Siapa tahu, si dia akan teringat kembali saat manis bersama dan akan kembali terima anda.

6. BUAT PERUBAHAN
Jika sebelum ini anda tidak mementingkan penampilan, mulalah jaga penampilan anda. Tunjukkan kepada si dia yang anda mampu menjadi lebih baik selepas anda berpisah. Mungkin ada orang lain yang akan jatuh hati terhadap penampilan anda.

7. BIARKAN DIA YANG MENGEJAR ANDA
Jika anda yang meminta perpisahan, andalah yang perlu memberitahu kepada dia bahawa anda inginkan kembali perhubungan anda. Tetapi jika si dia yang meninggalkan anda, biarkan dia yang meminta untuk kembali bersama. Dengan cara itu, dia akan lebih menghargai anda setelah kembali bersama.
NOTES: EE pun tengah mengamal kan tips ny .. and hampir berjaya dah :)

Thanks For Read My Blog ^__^

SEGMEN : saya nak mirahashime promote blog saya

heyy korang .. hari ny dengan bangga and berbesar hatinya EE nak join SEGMEN:saya nak mirahashime promote blog saya by adik Mira Hashime sendiri ..yeahhh first time join bende bende macam ny nga dup dap dup dap ny .. takut sampai rasa macam nak terkucil pun ade .. okayh let's try buat yang termampu ..


KENAPA EE NAK MIRA PROMOTE BLOG EE?
sebab EE sangat sangat la pemalas .. EE jarang blog walking kat mana mana blog selagi tak ada orang tinggal link kat shoutbox EE .. EE rasa blog EE belum ramai follower macam blog mira hashime kowt .. kalau boleh EE nak lebih ramai lagi datang mengfollow blog EE yang serba kekurangan ny .. lagi ramai follower EE lagi rajin and bersemangat EE update blog ny nanti .. so dengan ada nya Mira Hashime dye dapat membantu menambahkan follower EE .. tak banyak,sikit pun tak apa .. asal kan ada yang datang follow .. okayh siap tugasan EE .. kalau korang nak join segmen yang mira hashime buat ny korang boleh klik kat nama mira hashime yang warna biru tu okayh?segala info pasal segmen ny ada kat situ ..
Thanks For Read My Blog ^__^

Tiny CD
 
Blog Ini Hak Milik Eycha Evans