Monday, 31 December 2012

Happy New Year :)


 
hye korang semua! selamat tahun baru buat semua rakyat malaysia and terutama nya follower belog echa ni .. thanks sangat sangat sudi follow belog echa walaupun belog ni jarang berupdate .. hmm korang countdown kat mana malam ni?echa tak kemana pun,echa duk rumah je sorang sorang .. kakak dah keluar pergi dataran Shah Alam tengok Ustaz Azhar Idrus .. bosan gila duduk rumah tak rasa kemeriahan tahun baru pun .. kemeriahan anjing menyalak ada la *anjing siapa entah terlepas tu*.. dah masuk tahun baru ni echa pun mula la list kan senarai azam tahun baru echa,banyak gak yang echa nak capai tahun ni .. antaranya echa nak ada boyfriend,nak bertunang,nak kerja,nak belajar memasak *ye aku tak pandai memasak* dan macam macam lagi la .. tak tau la ada yang tercapai ataupun tak,kalau tak tercapai gak kena tunda tahun depan lak la .. hah! lagi satu,echa dah malas nak bermusuh dengan sesiapa *terutama cikaro cikaro a.k.a perempuan kat luar sana tu* hope tahun ni dan tahun seterusnya tak ada la perempuan naik kan darah echa lagi .. kemon la wei kita semua dah meningkat dewasa .. tak perlu la bergaduh,bermusuh bagai .. echa nak berkawan dengan semua orang .. muda cuma sekali soo.... kita enjoy :) .. nak bagitau ni sekarang umur echa dah 21 tahun la .. tak sedar lak yang diri ni dah tua .. haihh hope tercapai la semua azam echa tu kan?korang pun sama okay?semoga apa saje azam korang akan tercapai .. err okay lah dah tak tau nak tulis apa lagi .. tata selamat tahun baru .. peace yaww :)
Notes: tengah tunggu someone mesej,esok nak jumpa dia .. suke suke :)

Thanks For Read My Blog ^__^

Saturday, 29 December 2012

Ayiem Fyllo,Ah Jun & Azroy Erikson :)


 
 hyee semua,siapa yang tengah baca ni? *rasa nya semua dah tidur kot* ini lah dia echa,bukan nya reti nak tidur awal, huhu by the way nak tanya korang .. handsome tak mamat mamat kat atas tu? kenal tak diaorang bertiga ni?tak kenal?mustahil la korang tak kenal kan .. diaorang kan budak budak hot kat facebook tu .. kalau korang memang tak kenal tak apa la biar echa perkenal kan kat korang okay? gambar yang atas sekali tu nama dia Ayiem Fyllo,yang tengah tengah tu Ah Jun,yang bawah sekali tu Azroy Erikson .. mesti korang ingat echa tulis entry pasal diaorang ni sebab batak kan?mesti korang cakap macam ni "alah echa ni nak tumpang hot la tu" atau pun korang cakap macam ni "eleh echa dan dan je nak tulis entry kat blog pasal budak hot,kan banyak lagi budak hot macam Ayie Smarties,Ajam,dan lain lain kenapa tak tulis pasal diaorang sekali?" atau pun korang akan cakap "ala orang biasa je pun,bukan retiss .. bla bla bla" kan? hello echa tulis entry ni bukan nak tumpang hot ke ape cuma nak cerita sikit pasal diaorang bertiga ni .. kenapa banyak banyak budak hot yang ini gak echa pilih nak bercerita dalam blog echa?sebab nya walaupun diaorang ni hot tapi diaorang tak RIAK tak SOMBONG *bukan sama je ke riak dengan sombong tu?*.. lagi pun echa belum pernah try test tegur lagi Ayie,Ajam and yang lain lain tu .. lain kali echa try tegur .. kebanyakan budak hot kan sombong .. kita kita yang cool ni mana diaorang nak layan sangat .. macam tahun lepas,echa ada add sorang mamat hot ni,memang hot la kan sekali dia update status kat facebook beribu ribu like dia dapat .. dia approe tapi oneday echa buat la family request nak tau dia buat apa?dia remove echa dari friendlist dia .. dah remove tu tak apa la .. lepas tu dia block echa lak .. sakit je hati,tapi sejujur nya echa nak bagi tau korang diaorang bertiga ni langsung tak sombong,kau hot ke kau cool ke diaorang layan macam kawan kawan rapat diaorang jugak .. bagus kan diaorang ni? yang duaorang tu dah ada yang empunya .. yang lagi sorang tu baru putus cinta .. nak tau siapa yang single tu?pandai pandai la korang pergi tengok sendiri okay?try tegur diaorang confirm diaorang reply .. *kalau tak reply,diaorang busy la tu* and thanks to Ayiem Fyllo sebab sampai sekarang tak remove mahupun block echa dari friendlist dia .. dulu Ayiem ada masuk contest kat page echa *tak ingat dah contest ape entah* dah setahun lebih dah echa ada dalam friendlist Ayiem :) ..  ada gak terfikir nak buat family request kat Ayiem tapi macam trauma lak,takut jadi macam kes echa and mamat hot yang dulu tu .. Ayiem Fyllo memang tak remove kot siapa yang ada dalam friendlist dia selagi orang tu tak menyakit kan hati dia .. Ayiem Fyllo memang tak sombong,bagus Ayiem .. terus kan sikap begitu confirm lebih ramai menyenangi Ayiem and suka kawan dengan Ayiem .. Ah Jun dengan Azroy Erikson ni tak tau la suka meremove and block orang ke tak .. setakat ni echa still dalam friendlist diaorang .. hope diaorang tak buat la macam mamat hot dulu tu buat .. yang couple tu echa doa kan jodoh korang berpanjangan .. semoga korang bertiga terus friendly macam sekarang okayh?okayh la mata dah mengantuk sangat dah ni,tulis pun dah terlajak sampai ke korea .. nak tidur dulu lah,bye bye semua ..

Thanks For Read My Blog ^__^

Friday, 21 December 2012

Siapakah Dia?


Dear Diary *choop choop bila belog aku dah bertukar jadi diary ni?* okayh Dear Belog,siapakah dia?ya si dia yang bernama ACAP .. tidak ku kenal si dia,tapi dia lah yang menjadi pilihan keluarga ku untuk berkawan dengan ku .. dia sama sama berkerja dengan abang ipar ku,kakak ku lah yang berkenan melihat ACAP,katanya ACAP sangat baik ..kakak ku dan anak buah ku menghubungi ACAP dan menyuruh ACAP berkenal kenalan dengan ku .. kakak ku tak putus-putus menghubungi ACAP bercerita mengenaiku .. semalam anak buah ku Wani datang dan menunjuk mesej antara dia dan ACAP .. ya aku dapat melihat yang ACAP juga ada memberi respons,dia menyuruh anak buah ku memberi nombor handphone nya pada ku .. tersenyum aku bila membacanya,dalam hati aku berkata "ish mamat ni pun layan je karenah family aku" anak buah ku menyuruh aku menghubungi ACAP,tapi aku belum bersedia hendak menghubungi nya .. ya lah tak kan perempuan yang nak mula kan dulu kan?sejak semalam aku digelar kan UCAP oleh keempat empat anak buah perempuan ku,nama itu hasil gabungan nama ku dan dia,Ude+Acap= UCAP .. hmm sebenarnya aku agak tidak suka bila diejek begini,yela mana la tau ACAP tu dah ada teman istimewa .. tapi aku hanya mampu bersabar bila diejek oleh anak buah ku .. tadi wani chat aku melalui facebook,wani cakap yang banyak kali ACAP call dan bertanya pasal ku pada kakak ku .. terdetik dihatiku adakah dia benar benar serious ingin berkawan dan berkenalan dengan ku?aku tersenyum dan terus tersenyum .. berdebar rasa dihati *dup dap dup dap* debaran makin laju .. lalu aku berfikir,kenapakah aku mula rasa seronok bila diejek nama gabungan aku dan ACAP?kenapa aku rasa malu bila diejek begitu?rasa ni rasa pelik,benar benar pelik .. tapi aku harap aku jangan cepat sangat suka dengan orang yang belum pernah aku temui .. nanti wani mahu tunjuk gambar ACAP padaku .. mungkin ACAP ada bagi gambar dia pada wani .. hmm tidak sabar rasanya mahu melihat siapakah orang nya .. :)
Notes: entry kali ni memang macam diary,kan?tak ada kata kata spontan .. saja sekali sekala buat belog ni macam diary .. meluah kan perasaan .. sekali sekala serious tak apa kan? :)

Thanks For Read My Blog ^__^

Monday, 10 December 2012

Hari Dipuji Sanak Saudara & Sahabat Handai


 
cett tajuk tak nak kalah je .. wakaka,okay cerita nye macam ni .. hari tu kan sedara echa si wawa tu kawin sebenarnye masa tu echa rasa macam malas je nak pergi sebab dot dot dot *kasi sensored sikit,sebab ni masalah perempuan* tapi mak echa suruh pergi jugak sebab masa hari si wawa tu dinikah kan echa dah tak pergi .. hmm malas,malas pun terpaksa la jugak pergi kan .. so masa sampai kat sana tu ramai la saudara mara echa dari kampung ada kat situ .. turun je dari kereta terus echa pergi kat mak echa yang sampai lebih awal dari echa .. kat situ ada alang,chik and kakak sedara echa .. mula mula alang yang tegur "hang anak siapa ni?" echa jawab la anak mak .. lepas tu alang cakap kat mak echa yang echa ni lawa macam hindustan,echa just senyum jela sebab dah ramai cakap muka echa macam hindustan *dah terbiasa*.. lepas tu akak sedara echa pulak tegur "ehh cha,lawanye hang macam anak patung,ingat kan anak patung mana la azwa letak kat sini,comelnyee" aww terus kembang hidung echa .. masa alang nak balik pun berkali kali alang cakap echa cantik .. suka,suka :) .. lepas tu ada la 2-3 orang kawan echa pun tegur cakap echa nampak macam patung .. huhu entah kat mana la yang nampak macam patung nye sampai dalam hari yang sama 2-3 orang cakap macam patung .. okay tu je cerita hari ni .. akhir kata echa bersyukur dengan apa yang Allah anugerah kan kat echa ni .. echa masih cukup sifat,echa tak kurang apa apa .. thanks Allah :')
Notes: ada macam berlagak ke entry kali ni?tak kot kan?just seronok je kena puji .. hehehe ..

Thanks For Read My Blog ^__^

Friday, 7 December 2012

To: AC


 
 kepada AC thanks sebab hadir dalam hidup saya,thanks sudi datang balut luka lama saya,thanks sudi jadi teman hidup saya walaupun untuk seketika saya hargai sangat sangat .. tapi nak buat macam mana kita tak ada jodoh kan?walaupun saya sayang sangat sangat kat awak tapi kalau awak bukan jodoh saya pun tak guna jugak .. maaf kan saya,mungkin apa yang saya luah kan kat awak semalam membuat kan awak terluka .. tapi saya memang betul betul sunyi awak,awak langsung tak pedulikan saya .. awak tak pernah tanya khabar saya,awak tak pernah luang kan masa untuk saya .. awak tau tak setiap pagi saya tunggu awak wish "good morning" setiap malam saya tunggu awak wish "good night" kat saya .. tapi tak ada pun kan awak?* adoii sedih la pulak lagu kat blog aku ni,nak nangis pulak rasa* saya selalu tunggu mesej awak walaupun cuma permulaan hari and penghujung hari .. saya sabar sebab saya sayang awak tau tak?aku sayang kau la gilaaa .. awak cakap awak nak luang kan masa dengan saya,tapi mana janji awak tu?saya ada kenal lelaki kat LINE,lelaki tu selalu amek berat pasal saya .. hmm lelaki lain pulak lebih amek berat pasal saya,pagi pagi lagi mamat tu dah sent voice SMS cakap good morning .. hmm mamat tu mintak no saya pun saya tak kasi,mintak couple dengan saya pun saya tak nak sebab saya still gf awak .. entah la awak saya tak tahu macam mana lagi saya harus bersabar dengan awak .. dah banyak kali saya bagi awak peluang tapi awak still tak berubah .. saya mintak putus awak tak nak pulak .. lepas kan jela saya ni awak,buat apa awak couple dengan saya kalau awak tak layan saya langsung? hope awak happy lepas ni okayh? selamat tinggal :'(
Thanks For Read My Blog ^__^

Wednesday, 5 December 2012

Finally!!


 
happy december semua! kejap je dah bulan december kan? bulan depan dah new year la kita semua .. umur pun semua makin tua .. yang mana azam tahun ni belum tercapai tu try la gapai impian tu ye masih belum terlambat ni ..  kalau tak dapat gak tak apa try tahun depan okay?okay sebenarnye echa nak story pasal kawan echa .. jyeahh finally dapat jugak jumpa dia,dah bertahun tak jumpa akhirnye jumpa gak .. dia ada datang kenduri sepupu echa kawin hari tu,dapat gak lepas rindu walaupun dapat borak sekejap je .. yela dia datang dengan lelaki mana entah,dia cakap tu bukan bf dia.tapi nampak macam sweet semacam je .. eleh dia malu la tu nak mengaku .. emm macam segan lak nak borak lama lama .. Al maklum jela echa ni jenis pemalu sikit,even kawan tu rapat dengan echa,echa jarang borak borak dengan dia .. ha si farah tu pulak lepak kejap je kat kenduri tu,lepas makan terus dia balik .. ishh jeles tau echa tengok dia,dari dulu sampai sekarang badan dia maintain je kurus macam dulu jugak .. echa dah gemuk,farah pun terkejut tengok echa .. tak habis habis duk picit picit badan echa .. sabar jela,haihh bila la nak jumpa dia lagi?dia asyik busy je sebab dia study .. hope nanti dapat jumpa dia lagi . belum puas lepas rindu :)
Notes: echa tengah dilamun cinta?jeng jeng jeng ^^

Thanks For Read My Blog ^__^

Friday, 23 November 2012

Thanks Ex,Thanks Crush,Thanks Fake Relay

 
hyep semua,selamat malam .. malam ni echa nak ucap kan thanks kepada semua ex couple,ex crush,and ex fake relay echa kat facebook tu .. sebab walaupun sebelum ni echa pernah gaduh dengan diaorang and diaorang pernah remove echa dari facebook tapi bila echa add diaorang balik,diaorang terima .. and thanks sudi jadi kawan baik echa walaupun dah putus korang still kawan echa kan?yeahh ini lah yang echa mahu .. echa nak kita berkawan sampai bila bila .. echa sayang korang sangat sangat, seriously echa tengah rindu sangat sangat kat korang tau .. *ni la jadi nya bila echa tak ada bf* agak agak ada tak diantara korang ni tengah rindu echa jugak?hehehe .. hope korang tak remove and block echa lagi dah lepas ni okayh? .. hmm tu yang still kawan dengan echa kat facebook .. tapi ada gak 2-3 orang ex echa yang dah tak mau kawan dengan echa lagi dah .. macam la echa ni jahat sangat nak ganggu hubungan diaorang dengan gf baru diaorang tu .. tapi tak apa,echa akan usaha supaya diaorang approve echa .. wehhh salah ke echa nak stalker facebook diaorang?stalker diaorang setiap hari?tak salah kan?niat echa baik .. bukan nya sakit kan diaorang pun kan?tapi kenapa sesetengah ex echa tu dah tak nak kawan dengan echa?tak tahu la kat mana salah echa terhadap diaorang,nak kata selama echa couple dengan diaorang echa ni curang tak ada pulak,diaorang yang curang ada la .. nak kata echa layan diaorang tak baik pun tak ada gak .. setau echa,echa dah cuba layan diaorang sebaik mungkin .. tapi tak tahu la pulak kot kot echa pernah sakit kan hati diaorang ke kan .. apa apa pun thanks sekali lagi pada ex couple,ex crush,and ex fake relay echa .. korang memang terbaik lah .. :)
Thanks For Read My Blog ^__^

Thursday, 22 November 2012

Pemenang Contest "Raya 2012"

 
hye .. masih kah korang semua ingat dengan contest RAYA 2012 yang echa buat tu?dah lama contest tu berlangsung,okayh  straight to the point jela erk nak cepat ni,nak keluar dengan family dah .. echa nak umum kan pemenang nye ni peserta sekalian .. are you ready?mai mai tengok muka pemenang nye .. 

TEMPAT PERTAMA
Berjaya menguumpul 812 LIKE ditambah like tambahan dari echa dia berjaya mengumpul 862 LIKE..
hah hijau tu uollss,jangan jelez :) apa pun TAHNIAH buat akak ni sekeluarga ..

TEMPAT KEDUA
Berjaya menguumpul 695 LIKE ditambah like tambahan dari echa dia berjaya mengumpul 745 LIKE..
blue team .. yang ni adik beradik kot *adik beradik la tak kan bf gf pulak kan* .. TAHNIAH ye .. and kepada yang join thank you so much meriah kan contest ni ..



Thanks For Read My Blog ^__^

Monday, 12 November 2012

Pemenang Contest "Sporting Habiss"

 
auwchakkk!! hi korang...lama tak jumpa kan *jumpa?* hehe lama tak jenguk belog echa kan?sampai hati korang kan .. tau la echa dah jarang update belog,korang pun dah tak sudi baca belog echa kan .. hahakk touching lebih pulak .. okay lah korang still ingat contest yang dianjurkan oleh Eycha Evans blogger yang tak berapa tip top tu? *ehh tu aku la* apa?tak ingat?tak ingat sudah .. okay pemenang nye dua orang .. tempat pertama orang nye mesti la perempuan .. yang kedua pulak seorang lelaki orang nye lawak tau korang tengok gambar dia pun mesti korang akan faham perangai dia macam mana .. sumpah lawak echa pun suka kawan dengan dia .. time echa nangis hari tu dia la tukang pujuk .. =,=' haihh si echa ni buat dah .. dah mula lari tajuk dah,hehe sorry TERfelling pulak  .. okay dah dah jom kita tengok muka muka pemenang contest echa tu TEMPAT PERTAMA 

  
dia berjaya mengumpul 659 LIKE ditambah dengan LIKE percuma yang echa bagi so semua nya 689 LIKE .. dan dia berjaya memenangi hadia topup rm50 ..
 TEMPAT KEDUA
 
dia berjaya mengumpul 305 LIKE ditambah dengan LIKE percuma yang echa bagi so semua nya 355 LIKE. dan dia berjaya memenangi hadia topup RM30 and dia dah janji nak share dengan echa kalau dia menang ..haha tak ada la saja gurau gurau .. tak kan la echa nak mintak kat dia mesti la dia nak bergayut dengan awek dia ke,crush dia ke .. hmm cedih :'( .. haha by the way TAHNIAH kepada pemenang and TERIMA KASIH pada yang join,meriah kan contest echa ni .. 
Notes: kepada yang kalah cuba lagi lain kali okayh?


Thanks For Read My Blog ^__^

Sunday, 28 October 2012

Kenapa Page Eycha Evans (EE) hilang?

 
heyyo (hello) people .. *okayh tak payah nak speaking sangat la* okayh actually echa tengah happy ni sebab dah dapat balik fanpage echa yang nama "Eycha Evans (EE)" tu .. seriously echa ingat kan fanpage echa kena hack,rupanya kan...kan...kan... echa yang lupa password facebook echa .. hehe tu la suka sangat tukar tukar password,kan dah lupa .. try tukar password dekat yahoo baru boleh bukak balik facebook echa tu .. by the way echa kan ada buat contest "RAYA 2012" kan?haha sekarang dah raya haji pun tak habis lagi contest tu .. nak di ikut kan echa nak tamat kan contest tu masa awal bulan 10 hari tu .. tapi disebabkan facebook and fanpage echa hilang sekejap hari tu so echa terpaksa tambah tempoh lagi 2-3 minggu,yela kesian pulak kan yang tak sempat promote gambar diaorang tu .. sooooo tarikh tamat contest ni ialah pada 10/11/12 *cantik pulak tarikh ni,nikah tarikh ni pun best jugak ni* maaf atas kesulitan yang dialami .. terus kan mensupport echa kementot ok :) .. peace yaww .. *cehh bajet macam ucapan artis dalam anugerah bintang popular je*


Thanks For Read My Blog ^__^

selamat hari raya aidiladha :)




hyep geng blogger semua .. sory tau lama sangat tak update .. semenjak dua tiga bulan ni banyak sangat benda yang echa lupa .. sampai password blog sendiri pun boleh lupa,by the way rasa nya belum terlambat kot echa nak ucap kan selamat hari raya kat korang .. so selamat hari raya aidiladha buat semua yang tengah membaca ni .. raya haji ni echa tak kemana pun and tak sambut pun .. tak tahu nak sambut dengan siapa .. sebab mak echa dengan abah echa balik kampung,akak and abang echa lak masing masing dah ada keluarga sendiri .. so diaorang semua pergi beraya rumah mak mertua masing masing la kan .. adik adik echa lak macam biasa la merayau je keje nye .. so raya haji tahun ni echa duduk rumah mengadap lappy jela macam hari biasa .. lupa lak nak cakap,kalau mengikut calendar islam birthday echa masa hari raya haji tau.mak echa cakap masa pagi raya haji mak echa sakit perut sebab nak lahir kan echa .. haihh ape la echa ni tak sabar sangat nak keluar tengok dunia sampai mak echa tak dapat nak makan lemang raya :D sorry mak,cha excited sangat kot nak tengok dunia and muka seorang ibu yang sangat penyayang *cehh ayat macam drama petang petang pulak* so semalam masa akak echa (kak ina) and anak anak dia datang beraya dekat sini echa pun bagitahu la dekat anak buah echa "hari ni hari jadi ude" terus anak buah echa bagitahu kat ibu dia .. apa lagi masa kak ina keluar,kak ina pun beli la chocolate untuk echa .. huhu boleh la tu dari tak ada kan?yang lain tak bagi hadiah pun .. sebab 11 june hari tu dah bagi dah ..
 
apa apa pun thanks yang sudi wish walaupun ada yang terpaksa wish sebab echa paksa suruh wish gak .. huhu saja kejam kan diri ni sikit .. bukan apa supaya semua orang terbiasa wish birthday echa bila 10 hb zulhijjah menjelma .. huhu okayh la setakat ni je entry echa kali ni .. tata titi tutu ..
Notes: gambar echa pakai baju kurung tu gambar masa hari raya aidilfitri hari tu 


Thanks For Read My Blog ^__^

Wednesday, 3 October 2012

Pak Guard Kerek

 
toink toink *bunyi katak lompat* hyep korang .. ni ada lagi satu entry yang bagi echa ianya amat la menyakitkan hati,limpa,paru paru echa .. okay ceritanya macam ni,semalam anak buah echa yang paling kecik si Hariz Putra (6 bulan) sakit perut asyik muntah muntah and cirit birit .. lepas tu akak ipar echa pun bawa la anak buah echa pergi klinik,lepas tu doktor kat klinik tu cakap kena bawa baby tu pergi hospital sebab keadaan baby tu pun dah lemah gila .. yela dia asyik muntah je,muntah aje dekat 15 kali,lepas minum susu mesti muntah balik .. then akak ipar echa pun balik sebab nak minta tolong akak echa bawa kan dia pergi hospital .. sebab suami dia a.k.a abang echa kerja kat luar negeri .. so berangkat la kitaorang ke Hospital Serdang .. tunggu punya tunggu *doktor tu check apa semua* mula mula baby tu tak kena tahan sebab katil dah full .. lepas beberapa jam entah macam mana doktor cakap nak tahan jugak baby tu sebab nak masuk kan air dalam badan dia .. memandang kan masa pergi hospital tu akak ipar echa tak bawa apa apa barang baby *susu,baju,sarung tangan,sarung kaki,lampin etc* akak ipar echa pun buat keputusan nak ikut akak echa balik dulu sebab nak amek barang baby .. akak ipar tanya doktor boleh tak kalau nak tinggal dulu baby kat situ,doktor cakap tak boleh sebab baby tu masih kecik .. takut dia nangis and nak susu nurse kat situ pun tak ramai waktu tu .. so akak ipar echa pun suruh la echa and akak echa yang lagi sorang tu teman anak buah echa .. sebelum balik beramai ramai la kitaorang nak pergi tengok baby tu dekat wad sementara .. masa tengah jalan tu echa nampak sorang pak guard keling (india) tengah buka kan pintu .. sambil echa jalan echa cakap dengan anak buah echa si wanny tu "ehh baik pulak la pak guard tu,siap buka kan pintu untuk kita lagi" dah sampai kat situ echa nampak la sekumpulan keling tengah nak masuk .. kitaorang *echa,kakak kakak and mak* pun ikut la belakang sekumpulan india tadi .. cehh syok je dapat masuk ramai ramai,tiba tiba dah lepas semua kaum kerabat india masuk tiba tiba pak guard tu tanya mak echa, " mau pergi mana kak?" mak echa cakap "kita mau tengok cucu" so bermula la babak kerek keling tu ..

Pak Guard: mau tengok cucu sorang sorang masuk
Kakak Ipar Echa (kak zura): kami dah nak balik pun,sekejap saja mau masuk
Pak Guard: yala mau balik pun sorang sorang masuk la .. kasi gilir gilir *sambil buat muka kerek*
Kakak Ipar Echa (kak zura): yang ini saya mau kasi tolong jaga anak saya la .. nanti saya datang saya sorang saja jaga anak saya .. saya mau balik ambil barang .. Pak Guard: mana boleh,sorang saja boleh tunggu sini *buat muka kerek lagi*

terus akak ipar echa jeling kat dia and bawak gak mak echa and akak echa masuk .. tinggal la echa anak buah echa si wanny and ibu dia kak Ina kat luar tu .. hello uncle pak guard yang kerek .. kau baru kerja jadi security guard dah kerek kan?belum jadi polis lagi .. weh agak agak la nak perkauman pun kan,kalau tak boleh biar semua tak boleh *sama macam aturan kat hospital tu tulis* nak melawat kena sorang sorang,yang pelik nya kaum kerabat kau semua boleh masuk .. *sebab tu la kitaorang pun masuk ramai ramai sebab ingat boleh masuk ramai ramai* kau lepas je diaorang masuk ngam ngam sampai mak aku terus kau tanya mak aku nak pergi mana .. kenapa kat kaum kau tadi kau tak tanya apa apa pun?ishh tak boleh ingat la muka kerek kau tu .. bikin panas jela lagi lagi bila kau cakap kasar dengan family aku .. tapi puas hati echa bila akak ipar echa tarik gak echa masuk teman akak echa(kak mira) jaga baby kat hospital .. masa kat wad sementara echa terpaksa menyorok tepi kerusi yang akak echa duduk *takut pak guard kerek nampak* masa kat wad sementara tu asyik dengar keling bising bising je .. then akak echa membebel kat echa "ish diaorang tu,dah la masuk ramai ramai lepas tu buat bising pulak" nasib baik nurse datang and bawak kitaorang naik wad tetap kat atas .. bebas sikit echa,mula mula cuak gak sebab echa pun main masuk je kat situ .. guard tu tak nampak masa echa masuk sebab dia tengah sembang dengan pelawat india tu .. doktot pun tak cakap apa pun kat echa,dia biar je .. nurse semua tu pun buat tak tahu je .. guard tu je ngek sikit tak faham bahasa .. apa apa pun nurse kat bahagian baby tu semua THE BEST la .. semua baik baik .. friendly gila .. tambah tambah hat kedah tu .. cekk suka la sembang ngan dia .. dia la hat tolong tukaq pampers anak buah cekk masa anak buah cekk cirit tu .. nak harap kan cekk ngan kak cekk memang kami tak tau apa nak buat la kan .. nurse tu bertambah seronok sembang dengan kitaorang sebab kitaorang cakap kedah dengan dia .. okay dah cukup,tu jela ceritanya .. kbaii 
Thanks For Read My Blog ^__^

who care?



click gambar diatas untuk gambar yang lagi jelas
hyep darling ku sekalian .. *lambai tangan* tadi tengah fikir fikir nak update apa kat belog ni tiba tiba nampak ada orang post natang tu kat cbox echa .. terus dapat ilham nak update ape haha,macam lawak je kan cara dia tegur orang .. ? sumpah echa rasa nak tergelak baca .. nak nasihat orang tapi mulut sendiri berbau taik .. lebih busuk dari taik *maybe* kesian budak tu .. apa nama dia?who care erk?choiii nama pun dah macam apa,penat mak pak dia fikir nak letak nama apa kat dia dulu .. dia boleh pulak letak nama who care,hello cik,encik,tuan,puan,dato,datin who care *dah macam dalam kad undangan perkahwinan lak* .. mulut tu jangan biadap sangat erk ..kau tau tak kau tersangat la HINA dari aku yang seksi ni .. aku seksi ada kacau hidup kau ke?dah tahu aku seksi buat apa buka blog aku?kenapa sibuk tenung picture aku sampai kau tau aku ni seksi?kalau kau perempuan la kan,kenapa nya?boyfriend or laki kau dah tergoda kat aku ke apa?kau bertudung erk?bagus nye perangai kau kan bertudung tapi mulut lebih jahat dari aku .. wehh wehh nak tegur tu biar beradab sikit erk .. bukan nya sebut "puki anjeng" semua tu .. kan manis kalau tulis macam ni "Assalamualaikum saudari,saudari ni manis la *puji biar orang sejuk hati bila membaca* tapi lebih manis bila saudari bertudung .. sejuk mata memandang,saya sebagai saudara seislam saya tak mahu saudara saya keneraka" ha kan sejuk sikit hati aku baca and baru la bertambah semangat aku nak bertudung,jadi wanita muslimah .. aku rasa kau ni tak ada life la Mr,Miss who care oitt .. ataupun kau gila kot tiba tiba cari pasal dengan aku .. ataupun kau ni musuh aku?cara kau tu macam dengki je dengan aku .. kau nampak aku seksi jyeahh itu yang kau nampak kan?yang kau tak nampak kau tak fikir lak?aku seksi tapi mulut aku tak jahat macam kau .. aku seksi tapi aku selalu bersedekah,aku seksi tapi aku selalu tengok ceramah ustaz azhar idrus dan ustaz ustaz lain juga,aku seksi tapi aku tak suka mengumpat orang,aku seksi tapi aku sembahyang,cuba kau duduk and berfikir sejenak .. apa kau dapat bila post macam tu kat cbox aku?nak sakit kan hati aku?seriously aku tak sakit hati pun dengan benda macam tu .. for your information Mr,Miss who care,aku tengah berusaha nak jadi lebih baik .. so tolong la support aku ye yang mulut celupar .. jangan tau nak mencaci and menghina je .. tak semua yang seksi tu dia nak seksi sampai bila bila .. tak semestinya seksi tu tak ada keinginan langsung nak bertudung,nak tutup aurat dengan sempurna .. satu je aku nak cakap,kita tak tahu hati manusia (orang lain) macam mana .. kita tak tahu apa yang dia fikir .. so kita tak ada hak nak cakap orang tu macam "perempuan tak ada maruah" bagai,Mr,Miss who care kau tak tengok ke kuliah Ustaz Azhar Idrus?ehh lupa,kau mana ada masa nak tengok kuliah Ustaz .. kau kan banyak habis kan masa dengan MEMBUAT dosa and membagi pahala dekat orang *dapat gak kat aku pahala free* Ustaz Azhar Idrus pun ada cakap nak menegur orang biar kena dengan apa yang nak ditegur .. kalau bab aurat,tegur bab aurat,kalau bab solat,tegur bab solat .. puki anjeng semua tu tak payah masuk kan dalam carta kayh .. pandai pandai la anjeng tu jaga puki dia .. :P
Thanks For Read My Blog ^__^

Sunday, 30 September 2012

Belog Ku 98% Hasil Edit Sendiri




jyeahh akhirnya ada gak masa nak edit belog ni .. haha actually dah lama nak edit belog busyukk echa ni .. tapi buru semalam ada masa .. acanoo mengancam tak?apa?korang tak nampak apa yang baru?tak boleh jadi ni .. penat tau echa edit dari pukul 12 am sampai 5.30 am .. berjam jam edit walaupun sikit je benda yang diedit nye .. cepat cari apa yang baru .. lalalala,yup yup cursor echa dah ada nama echa, hasil edit sendiri (Eycha Evans) and "Assalamualaikum" echa pun dah yang baru,pun hasil edit sendiri .. cantik tak?sekarang ni boleh dikata kan 98% hiasan kat belog echa ni echa edit sendiri .. header,copyright,cursor and macam macam lagi semua dah pandai edit sendiri .. kalau tak terpaksa la minta tolong adik wanny edit kan yang mana echa tak tahu nak edit tu .. now tak payah la susah kan orang lagi sebab echa dah pandai edit belog sendiri .. suka suka ..
Notes: sekarang ni echa tengah mengedit header sendiri .. tunggu dan lihat jela erk hasilnye ..

Thanks For Read My Blog ^__^

Wednesday, 26 September 2012

Gedik Nya Aku!



holla guys .. tadi echa saja je buka facebook lama echa,sebab dah lama gila tak aktif kat facebook tu .. kadang kadang sampai lima bulan tak buka facebook tu .. yela buka pun bukan nye ade ape pun kan .. semua sombong tahap cipan,lagi pun kat facebook tu banyak gay la *opsss sory terlebih sudaa* so masa echa online facebook tu tadi macam bosan sikit la kan sebab dalam friendlist tu pun semua echa tak pernah tegur .. *aku pun sombong,sama macam friendlist aku tu* lepas tu dah bosan bosan sangat asyik duk tonyoh tonyoh mouse kebawah keatas,tekan profile tekan news feed tiba tiba rasa macam rindu lak nak tengok status masa zaman mula mula join facebook dulu,terus echa baca status echa dari tahun 2011 sampai tahun 2010 lepas tu echa ada ternampak wall post sorang mamat encem ni tau.echa baca la echa balas apa .. bila baca terus echa rasa muka echa macam merah gila kot .. memalukan jela echa balas wall post mamat tu macam tu .. jap jap korang tengok sendiri kegedikan echa

Click Kat Gambar Kalau Tak Nampak Tulisan!!!
nampak tu?siap tanya lagi dah ada awek ke belum .. hehe echa pun tak faham kenapa echa gedik sangat time tu .. mungkin echa muda lagi kot masa tu .. lagi pun mamat tu handsome gila kot .. sebab tu gedik sangat tu .. arghhh malu malu .. rasa macam nak block je mamat tu .. *berapa banyak TU daa* kepada mamat yang berkenaan tu sorry la erk sebab mengedik dengan awak .. masa tu saya budak budak yang belum matang lagi .. bila baca balik seriously saya rasa malu gila dekat awak .. HAHA echa kesian and benci pun ada dengan diri sendiri,beriya iya ajak mamat tu couple tapi mamat tu tak nak pun .. sebab kitaorang jauh jauh .. dia kat IPOH echa kat puchong .. kepada adik adik yang baru nak up kat luar sana and yang tengah baca ni better jangan buat perangai macam kak echa buat ni .. seriously lelaki sangat tak suka perempuan gedik,yang terhegeh hegeh dekat diaorang .. biar lelaki je yang mengorat kita okay?sebab bila kita yang mengorat diaorang dulu,diaorang akan anggap kita gedik .. okay pesanan khidmat masyarakat terhenti disitu .. sambung entry balik,yang pelik nya kan sekarang ni echa tak ada la gedik and terhegeh hegeh mengorat lelaki dah .. lelaki mengorat pun asyik jual mahal .. baru sedar,makin tua kita makin matang kan?sekarang ni tengok budak gedik pun rasa meluat je .. sedangkan echa pun pernah gedik .. biasa la zaman umur belasan la perempuan suka sangat nak mengedik pun .. masuk 20an terus ilang gedik,masa tu lebih banyak benda yang perempuan nak fokus .. lastly "Don't GEDIK GEDIK HAA?" hehe .. byebye ..
Notes: Dont judge a book by its cover,now echa dah tak gedik .. echa dah matang pun .. :)


Thanks For Read My Blog ^__^

Wednesday, 19 September 2012

Tarikh Tutup Contest "RAYA 2012"

 

hyep korang,lama nya la kan echa tak update belog .. dah berkurun berzaman rasa nya tak jenguk belog busuk hatuk *korang paham?hope korang paham la* ni .. rindu kamu sangat sangat belog ku yang comel macam aku gak *okayh echa tengah perasan,tolong biarkan echa dengan dunia echa kayh* uih uih berbalik kepada belog,hmm actually ramai gila duk tergedik gedik *suka hati aku je nak cakap anak orang gedik* duk tanya bila tarikh tutup contest RAYA 2012 tu .. and,and and *dah macam SORE EYES 5 days of MC la pulok* mesti echa jawab belum pasti .. why echa cakap belum pasti?sebab nya echa bukan nya urus kan contest tu je semata mata .. banyak lagi contest lain yang echa buat .. tapi bukan buat kat page tu,ada yang echa buat kat personal facebook echa .. haha saja tak buat kat page sebab contest tu limited :p .. lagi pun echa nak ramai ramai join contest raya ni .. kalau tak sia sia jela echa bagi hadiah topup sampai RM60 tapi sikit je yang join contest tu .. so tunggu jela erk .. nanti echa bagi tahu la bila tarikh tamat contest tu .. peace yaww .. (Y) ehh by the way echa nak pindah rumah baru tau .. ni pun kejap lagi nak cat bilik echa warna purple .. omey tak warna purple?sebenarnya echa nak warna merah hati tapi akak echa tak bagi,dia cakap takut nampak bilik sempit .. hmm sob sob tak dapat gak nak buat bilik ikut citarasa sendiri .. haha kayh la sebelum echa membebel lagi panjang lebar baik stop kat sini je .. kbyee *lambai tangan*
NOTES: echa still single.still rindu ayiem .. :'(

Thanks For Read My Blog ^__^

Wednesday, 12 September 2012

Jom Install cubie messenger^^



hyep korang,dah install cubie dalam android phone korang ke belum? kalau belum install la cepat .. boleh kita kenal kenal dengan lebih rapat .. okayh bercakap pasal cubie ni sebenar nya tak ramai yang tahu mengenai app ni .. sebenarnya app cubie ni lebih kurang sama macam whatsapp .. tapi lebih best dari whatsapp kot .. sebab kalau whatsapp kita kena bagi nombor phone kita dekat kawan kawan kan?kadang kadang kita rasa macam tak privacy la bila semua orang pun tahu nombor phone kita .. ye dokkk?haa cubie tak payah mintak no phone kawan kita .. kita just perlu mintak ID cubie kawan kita je lepas tu kita add dia .. kiranya macam blackberry la jugak kan ..yang best nye cubie ni dia sedia kan icon comel comel .. ada gambar cartoon tengah berak,tengah demam,tengah sakit,tengah gembira .. semua nya ada .. macam macam ada *iklan astro jap*
 
nampak tak?comel kan?lagi satu cubie ni kita boleh lukis apa apa yang kita suka and bagi dekat orang yang kita chat tu .. bagi echa kalau couple memang boleh tunjuk keiklasan la sikit nak lukis love ke apa ke kan .. 
 
aww terserlah kehodohan tulisan echa :( .. tulisan hodoh tak semestinya owner tulisan pun hodoh .. *cett tiru ayat Yuyu Zulaikha jap* so apa tunggu lagi tu?install la cepat .. boleh kita berkenalan dekat cubie .. kan kan kan?ohh ya .. kalau nak install cubie korang boleh click dekat picture burung hantu kat atas tu okayh?atau pun pergi kat google play and search "cubie" rasa nya yang ada android je kot yang boleh install cubie ... okayh la nak kemas kemas barang nak pindah rumah dah .. kbyee
 Notes: Install jangan tak install :)


Thanks For Read My Blog ^__^

Tuesday, 11 September 2012

Kucing Echa Yang Berkepala Besar :P

Kyra masa bunting :)
hyep korang ape cer?echa okay je cuma tak berapa ada mood nak update blog .. mood malas datang kan,nak buat acanoo :face7:ni update pun nak story sikit kat korang pasal meow meow echa,namanya keiko,Gara,Zaza and Rara,hehe :face75:sebenarnya keiko tu akak echa letak nama dia ramadhani sebab dia lahir bulan ramadhan hari tu .. so nama singkatan dia NINI :n:echa pulak sangat la tak suka nama nini tu :face60:tak tahu kenapa memang sejak kecik echa tak minat nama tu :face12: tapi nak buat acanoo kan kucing tu 90% dibawah jagaan akak echa,dia la yang buang taik,yang bagi makan :131:echa just jadi kan kucing tu teman bercanda je .. haha :123: tapi echa tetap panggil dia keiko jugak .. keiko ni anak kepada gaga (Garfield) :78: dan jugak kyra (Kitty Tora) gaga and kyra ni kalau korang nak tahu kedua dua nya bulu jenis lebat and panjang .. :91: actually kita orang teringin nak tengok pewaris si gaga tu,memandang kan gaga dah tua kerepot kan so nak la jugak ada pewaris dia kat rumah ni bila gaga dah mampos nanti *ayat kejam* :face15:kita orang pun mula kan projek mengahwin kan gaga dan jugak kyra .. mula mula kyra ni garang gila,gaga dekat dia marah .. tapi dia yang gatal sangat nak kahwin,ada satu malam tu echa and akak nampak gaga duk kejar kejar kyra .. kitaorang pun apa lagi pergi mengintai la kan :face54:awww kitaorang nampak yang gaga tengah ehem ehem dengan kyra .. sejak hari tu si gaga and kyra asyik ehem ehem jela kerja diaorang .. :face62:then tak lama lepas tu kyra pun bunting .. akak echa la paling happy sebab dia yang nak sangat tengok pewaris gaga .. :face51: maka kyra pun jadi seekor ibu pada malam Nuzul Al-Quran yang lepas .. masa mula mula tengok anak dia kecewa gila kitaorang sebab tengok anak dia semua warna hitam,bukan tak suka warna hitam tapi kitaorang ingat kan anak dia comel :face25:lama kelamaan tengok comel la pulak .. anak dia ada empat ekor :face75:yang pertama nama ramadhan (Rara) yang kedua gara (hasil gabungan nama mama and papa dia) yang ketiga ramadhani (Nini or Keiko) yang keempat Mueeza (Zaza) suka gila tengok gelagat diaorang bila dah besar ni .. dah pandai nak bergurau .. hobi diaorang memanjat macam monyet .
:face7:
Zaza,comel kan?
Nini yang paling manja dengan echa
Rara si abang sulung yang paling handsome,kepala besar dan bersuara lantang
 acanoo?comel tak meow meow echa?hehe comel kan ..
Notes: sorry gambar si Gara tak ada,dia nakal sangat,susah nak tangkap gambar dia


Thanks For Read My Blog ^__^

 
Blog Ini Hak Milik Eycha Evans