Tuesday, 7 August 2012

Menanti Dirimu


entry kali ni khas buat dia (Azrin),echa nak meluah kan apa yang tersirat dihati echa ni.pertama sekali echa nak minta maaf sangat sangat pada azrin sebab sepanjang kita kenal echa selalu buat perangai,selalu buat azrin bosan dengan echa .. echa selalu berfikiran negative terhadap azrin .. echa selalu fikir bukan bukan sebab echa takut,echa takut azrin akan pergi dari hidup echa .. takut sangat sangat azrin .. echa tak boleh terima kalau azrin jadi milik orang lain .. echa tak kuat nak hadapi semua tu azrin,tak tahu kenapa echa sayang sangat sangat kat azrin .. perasaan tu mula bertambah dari hari ke hari,ya mungkin sebab tu juga lah echa tak boleh melepas kan azrin,sebab echa sayang sangat dah kat azrin .. azrin tahu tak?macam macam impian echa bila bersama dengan azrin .. azrin ingat tak echa pernah azrin,azrin nak hubungan kita sampai mana and azrin jawab sampai bila bila .. sejak hari tu echa mula berangan angan kita berkahwin,kita pakai baju pengantin warna merah,azrin handsome sangat masa tu .. echa pun cantik,lepas tu kita ada rumah sendiri,kereta sendiri echa tak berharap kita ada rumah besar,kereta besar tapi cukup lah azrin setia disisi echa sampai bila-bila cuma itu yang echa nak .. lepas tu kita ada anak,kita tengok anak kita membesar depan mata,masa tu dah tiba masanya untuk kita pulak tengok anak kita berkahwin dan tiba masanya kita menjadi seorang atuk dan nenek .. hidup kita bertambah bahagia bila ada cucu,anak anak dan cucu kita lah yang selalu ada kat sisi kita masa tu sampai la nafas terakhir kita .. azrin tahu tak kalau boleh echa mati pun echa nak mati atas pangkuan azrin,dalam dakapan azrin .. tapi semua tu cuma impian yang tak akan menjadi kenyataan .. echa tahu sekarang azrin dah benci sangat sangat kat echa .. walaupun azrin cakap azrin akan datang dalam hidup echa balik,echa percaya azrin memang tak akan datang dalam hidup echa lagi,azrin makin menjauhkan diri dari echa .. echa rindu azrin,rindu sangat sangat .. ingat lah azrin,aku disini selalu menanti dirimu .. echa berpegang dengan janji echa,lepas ni echa dah tak mahu bercinta dengan sesiapa lagi dah .. cuma azrin sahaja lah yang mampu menyinari hidup echa .. azrin lah lilin yang akan menerangi hidup echa .. akhir sekali,echa berharap azrin akan muncul balik dalam hidup echa,echa berjanji echa akan jadi yang terbaik untuk azrin ..

abaikan muka mintak kaki yang macam beruk tak mandi  kat atas tu,muka stress .. tekanan perasaan,sakit hati semua ada .. terserlah betapa huduh nya muka EE bila menangis .. bengkak mata,bibir tebal ala ala angelina jolie tengok tu hidung bulat je *comel kot hidung aku*

Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .
Thanks For Read My Blog ^__^

0 sayang echa:

Post a Comment

 
Blog Ini Hak Milik Eycha Evans