Monday, 31 December 2012

Happy New Year :)


 
hye korang semua! selamat tahun baru buat semua rakyat malaysia and terutama nya follower belog echa ni .. thanks sangat sangat sudi follow belog echa walaupun belog ni jarang berupdate .. hmm korang countdown kat mana malam ni?echa tak kemana pun,echa duk rumah je sorang sorang .. kakak dah keluar pergi dataran Shah Alam tengok Ustaz Azhar Idrus .. bosan gila duduk rumah tak rasa kemeriahan tahun baru pun .. kemeriahan anjing menyalak ada la *anjing siapa entah terlepas tu*.. dah masuk tahun baru ni echa pun mula la list kan senarai azam tahun baru echa,banyak gak yang echa nak capai tahun ni .. antaranya echa nak ada boyfriend,nak bertunang,nak kerja,nak belajar memasak *ye aku tak pandai memasak* dan macam macam lagi la .. tak tau la ada yang tercapai ataupun tak,kalau tak tercapai gak kena tunda tahun depan lak la .. hah! lagi satu,echa dah malas nak bermusuh dengan sesiapa *terutama cikaro cikaro a.k.a perempuan kat luar sana tu* hope tahun ni dan tahun seterusnya tak ada la perempuan naik kan darah echa lagi .. kemon la wei kita semua dah meningkat dewasa .. tak perlu la bergaduh,bermusuh bagai .. echa nak berkawan dengan semua orang .. muda cuma sekali soo.... kita enjoy :) .. nak bagitau ni sekarang umur echa dah 21 tahun la .. tak sedar lak yang diri ni dah tua .. haihh hope tercapai la semua azam echa tu kan?korang pun sama okay?semoga apa saje azam korang akan tercapai .. err okay lah dah tak tau nak tulis apa lagi .. tata selamat tahun baru .. peace yaww :)
Notes: tengah tunggu someone mesej,esok nak jumpa dia .. suke suke :)

Thanks For Read My Blog ^__^

Saturday, 29 December 2012

Ayiem Fyllo,Ah Jun & Azroy Erikson :)


 
 hyee semua,siapa yang tengah baca ni? *rasa nya semua dah tidur kot* ini lah dia echa,bukan nya reti nak tidur awal, huhu by the way nak tanya korang .. handsome tak mamat mamat kat atas tu? kenal tak diaorang bertiga ni?tak kenal?mustahil la korang tak kenal kan .. diaorang kan budak budak hot kat facebook tu .. kalau korang memang tak kenal tak apa la biar echa perkenal kan kat korang okay? gambar yang atas sekali tu nama dia Ayiem Fyllo,yang tengah tengah tu Ah Jun,yang bawah sekali tu Azroy Erikson .. mesti korang ingat echa tulis entry pasal diaorang ni sebab batak kan?mesti korang cakap macam ni "alah echa ni nak tumpang hot la tu" atau pun korang cakap macam ni "eleh echa dan dan je nak tulis entry kat blog pasal budak hot,kan banyak lagi budak hot macam Ayie Smarties,Ajam,dan lain lain kenapa tak tulis pasal diaorang sekali?" atau pun korang akan cakap "ala orang biasa je pun,bukan retiss .. bla bla bla" kan? hello echa tulis entry ni bukan nak tumpang hot ke ape cuma nak cerita sikit pasal diaorang bertiga ni .. kenapa banyak banyak budak hot yang ini gak echa pilih nak bercerita dalam blog echa?sebab nya walaupun diaorang ni hot tapi diaorang tak RIAK tak SOMBONG *bukan sama je ke riak dengan sombong tu?*.. lagi pun echa belum pernah try test tegur lagi Ayie,Ajam and yang lain lain tu .. lain kali echa try tegur .. kebanyakan budak hot kan sombong .. kita kita yang cool ni mana diaorang nak layan sangat .. macam tahun lepas,echa ada add sorang mamat hot ni,memang hot la kan sekali dia update status kat facebook beribu ribu like dia dapat .. dia approe tapi oneday echa buat la family request nak tau dia buat apa?dia remove echa dari friendlist dia .. dah remove tu tak apa la .. lepas tu dia block echa lak .. sakit je hati,tapi sejujur nya echa nak bagi tau korang diaorang bertiga ni langsung tak sombong,kau hot ke kau cool ke diaorang layan macam kawan kawan rapat diaorang jugak .. bagus kan diaorang ni? yang duaorang tu dah ada yang empunya .. yang lagi sorang tu baru putus cinta .. nak tau siapa yang single tu?pandai pandai la korang pergi tengok sendiri okay?try tegur diaorang confirm diaorang reply .. *kalau tak reply,diaorang busy la tu* and thanks to Ayiem Fyllo sebab sampai sekarang tak remove mahupun block echa dari friendlist dia .. dulu Ayiem ada masuk contest kat page echa *tak ingat dah contest ape entah* dah setahun lebih dah echa ada dalam friendlist Ayiem :) ..  ada gak terfikir nak buat family request kat Ayiem tapi macam trauma lak,takut jadi macam kes echa and mamat hot yang dulu tu .. Ayiem Fyllo memang tak remove kot siapa yang ada dalam friendlist dia selagi orang tu tak menyakit kan hati dia .. Ayiem Fyllo memang tak sombong,bagus Ayiem .. terus kan sikap begitu confirm lebih ramai menyenangi Ayiem and suka kawan dengan Ayiem .. Ah Jun dengan Azroy Erikson ni tak tau la suka meremove and block orang ke tak .. setakat ni echa still dalam friendlist diaorang .. hope diaorang tak buat la macam mamat hot dulu tu buat .. yang couple tu echa doa kan jodoh korang berpanjangan .. semoga korang bertiga terus friendly macam sekarang okayh?okayh la mata dah mengantuk sangat dah ni,tulis pun dah terlajak sampai ke korea .. nak tidur dulu lah,bye bye semua ..

Thanks For Read My Blog ^__^

Friday, 21 December 2012

Siapakah Dia?


Dear Diary *choop choop bila belog aku dah bertukar jadi diary ni?* okayh Dear Belog,siapakah dia?ya si dia yang bernama ACAP .. tidak ku kenal si dia,tapi dia lah yang menjadi pilihan keluarga ku untuk berkawan dengan ku .. dia sama sama berkerja dengan abang ipar ku,kakak ku lah yang berkenan melihat ACAP,katanya ACAP sangat baik ..kakak ku dan anak buah ku menghubungi ACAP dan menyuruh ACAP berkenal kenalan dengan ku .. kakak ku tak putus-putus menghubungi ACAP bercerita mengenaiku .. semalam anak buah ku Wani datang dan menunjuk mesej antara dia dan ACAP .. ya aku dapat melihat yang ACAP juga ada memberi respons,dia menyuruh anak buah ku memberi nombor handphone nya pada ku .. tersenyum aku bila membacanya,dalam hati aku berkata "ish mamat ni pun layan je karenah family aku" anak buah ku menyuruh aku menghubungi ACAP,tapi aku belum bersedia hendak menghubungi nya .. ya lah tak kan perempuan yang nak mula kan dulu kan?sejak semalam aku digelar kan UCAP oleh keempat empat anak buah perempuan ku,nama itu hasil gabungan nama ku dan dia,Ude+Acap= UCAP .. hmm sebenarnya aku agak tidak suka bila diejek begini,yela mana la tau ACAP tu dah ada teman istimewa .. tapi aku hanya mampu bersabar bila diejek oleh anak buah ku .. tadi wani chat aku melalui facebook,wani cakap yang banyak kali ACAP call dan bertanya pasal ku pada kakak ku .. terdetik dihatiku adakah dia benar benar serious ingin berkawan dan berkenalan dengan ku?aku tersenyum dan terus tersenyum .. berdebar rasa dihati *dup dap dup dap* debaran makin laju .. lalu aku berfikir,kenapakah aku mula rasa seronok bila diejek nama gabungan aku dan ACAP?kenapa aku rasa malu bila diejek begitu?rasa ni rasa pelik,benar benar pelik .. tapi aku harap aku jangan cepat sangat suka dengan orang yang belum pernah aku temui .. nanti wani mahu tunjuk gambar ACAP padaku .. mungkin ACAP ada bagi gambar dia pada wani .. hmm tidak sabar rasanya mahu melihat siapakah orang nya .. :)
Notes: entry kali ni memang macam diary,kan?tak ada kata kata spontan .. saja sekali sekala buat belog ni macam diary .. meluah kan perasaan .. sekali sekala serious tak apa kan? :)

Thanks For Read My Blog ^__^

Monday, 10 December 2012

Hari Dipuji Sanak Saudara & Sahabat Handai


 
cett tajuk tak nak kalah je .. wakaka,okay cerita nye macam ni .. hari tu kan sedara echa si wawa tu kawin sebenarnye masa tu echa rasa macam malas je nak pergi sebab dot dot dot *kasi sensored sikit,sebab ni masalah perempuan* tapi mak echa suruh pergi jugak sebab masa hari si wawa tu dinikah kan echa dah tak pergi .. hmm malas,malas pun terpaksa la jugak pergi kan .. so masa sampai kat sana tu ramai la saudara mara echa dari kampung ada kat situ .. turun je dari kereta terus echa pergi kat mak echa yang sampai lebih awal dari echa .. kat situ ada alang,chik and kakak sedara echa .. mula mula alang yang tegur "hang anak siapa ni?" echa jawab la anak mak .. lepas tu alang cakap kat mak echa yang echa ni lawa macam hindustan,echa just senyum jela sebab dah ramai cakap muka echa macam hindustan *dah terbiasa*.. lepas tu akak sedara echa pulak tegur "ehh cha,lawanye hang macam anak patung,ingat kan anak patung mana la azwa letak kat sini,comelnyee" aww terus kembang hidung echa .. masa alang nak balik pun berkali kali alang cakap echa cantik .. suka,suka :) .. lepas tu ada la 2-3 orang kawan echa pun tegur cakap echa nampak macam patung .. huhu entah kat mana la yang nampak macam patung nye sampai dalam hari yang sama 2-3 orang cakap macam patung .. okay tu je cerita hari ni .. akhir kata echa bersyukur dengan apa yang Allah anugerah kan kat echa ni .. echa masih cukup sifat,echa tak kurang apa apa .. thanks Allah :')
Notes: ada macam berlagak ke entry kali ni?tak kot kan?just seronok je kena puji .. hehehe ..

Thanks For Read My Blog ^__^

Friday, 7 December 2012

To: AC


 
 kepada AC thanks sebab hadir dalam hidup saya,thanks sudi datang balut luka lama saya,thanks sudi jadi teman hidup saya walaupun untuk seketika saya hargai sangat sangat .. tapi nak buat macam mana kita tak ada jodoh kan?walaupun saya sayang sangat sangat kat awak tapi kalau awak bukan jodoh saya pun tak guna jugak .. maaf kan saya,mungkin apa yang saya luah kan kat awak semalam membuat kan awak terluka .. tapi saya memang betul betul sunyi awak,awak langsung tak pedulikan saya .. awak tak pernah tanya khabar saya,awak tak pernah luang kan masa untuk saya .. awak tau tak setiap pagi saya tunggu awak wish "good morning" setiap malam saya tunggu awak wish "good night" kat saya .. tapi tak ada pun kan awak?* adoii sedih la pulak lagu kat blog aku ni,nak nangis pulak rasa* saya selalu tunggu mesej awak walaupun cuma permulaan hari and penghujung hari .. saya sabar sebab saya sayang awak tau tak?aku sayang kau la gilaaa .. awak cakap awak nak luang kan masa dengan saya,tapi mana janji awak tu?saya ada kenal lelaki kat LINE,lelaki tu selalu amek berat pasal saya .. hmm lelaki lain pulak lebih amek berat pasal saya,pagi pagi lagi mamat tu dah sent voice SMS cakap good morning .. hmm mamat tu mintak no saya pun saya tak kasi,mintak couple dengan saya pun saya tak nak sebab saya still gf awak .. entah la awak saya tak tahu macam mana lagi saya harus bersabar dengan awak .. dah banyak kali saya bagi awak peluang tapi awak still tak berubah .. saya mintak putus awak tak nak pulak .. lepas kan jela saya ni awak,buat apa awak couple dengan saya kalau awak tak layan saya langsung? hope awak happy lepas ni okayh? selamat tinggal :'(
Thanks For Read My Blog ^__^

Wednesday, 5 December 2012

Finally!!


 
happy december semua! kejap je dah bulan december kan? bulan depan dah new year la kita semua .. umur pun semua makin tua .. yang mana azam tahun ni belum tercapai tu try la gapai impian tu ye masih belum terlambat ni ..  kalau tak dapat gak tak apa try tahun depan okay?okay sebenarnye echa nak story pasal kawan echa .. jyeahh finally dapat jugak jumpa dia,dah bertahun tak jumpa akhirnye jumpa gak .. dia ada datang kenduri sepupu echa kawin hari tu,dapat gak lepas rindu walaupun dapat borak sekejap je .. yela dia datang dengan lelaki mana entah,dia cakap tu bukan bf dia.tapi nampak macam sweet semacam je .. eleh dia malu la tu nak mengaku .. emm macam segan lak nak borak lama lama .. Al maklum jela echa ni jenis pemalu sikit,even kawan tu rapat dengan echa,echa jarang borak borak dengan dia .. ha si farah tu pulak lepak kejap je kat kenduri tu,lepas makan terus dia balik .. ishh jeles tau echa tengok dia,dari dulu sampai sekarang badan dia maintain je kurus macam dulu jugak .. echa dah gemuk,farah pun terkejut tengok echa .. tak habis habis duk picit picit badan echa .. sabar jela,haihh bila la nak jumpa dia lagi?dia asyik busy je sebab dia study .. hope nanti dapat jumpa dia lagi . belum puas lepas rindu :)
Notes: echa tengah dilamun cinta?jeng jeng jeng ^^

Thanks For Read My Blog ^__^

 
Blog Ini Hak Milik Eycha Evans