Friday, 21 December 2012

Siapakah Dia?


Dear Diary *choop choop bila belog aku dah bertukar jadi diary ni?* okayh Dear Belog,siapakah dia?ya si dia yang bernama ACAP .. tidak ku kenal si dia,tapi dia lah yang menjadi pilihan keluarga ku untuk berkawan dengan ku .. dia sama sama berkerja dengan abang ipar ku,kakak ku lah yang berkenan melihat ACAP,katanya ACAP sangat baik ..kakak ku dan anak buah ku menghubungi ACAP dan menyuruh ACAP berkenal kenalan dengan ku .. kakak ku tak putus-putus menghubungi ACAP bercerita mengenaiku .. semalam anak buah ku Wani datang dan menunjuk mesej antara dia dan ACAP .. ya aku dapat melihat yang ACAP juga ada memberi respons,dia menyuruh anak buah ku memberi nombor handphone nya pada ku .. tersenyum aku bila membacanya,dalam hati aku berkata "ish mamat ni pun layan je karenah family aku" anak buah ku menyuruh aku menghubungi ACAP,tapi aku belum bersedia hendak menghubungi nya .. ya lah tak kan perempuan yang nak mula kan dulu kan?sejak semalam aku digelar kan UCAP oleh keempat empat anak buah perempuan ku,nama itu hasil gabungan nama ku dan dia,Ude+Acap= UCAP .. hmm sebenarnya aku agak tidak suka bila diejek begini,yela mana la tau ACAP tu dah ada teman istimewa .. tapi aku hanya mampu bersabar bila diejek oleh anak buah ku .. tadi wani chat aku melalui facebook,wani cakap yang banyak kali ACAP call dan bertanya pasal ku pada kakak ku .. terdetik dihatiku adakah dia benar benar serious ingin berkawan dan berkenalan dengan ku?aku tersenyum dan terus tersenyum .. berdebar rasa dihati *dup dap dup dap* debaran makin laju .. lalu aku berfikir,kenapakah aku mula rasa seronok bila diejek nama gabungan aku dan ACAP?kenapa aku rasa malu bila diejek begitu?rasa ni rasa pelik,benar benar pelik .. tapi aku harap aku jangan cepat sangat suka dengan orang yang belum pernah aku temui .. nanti wani mahu tunjuk gambar ACAP padaku .. mungkin ACAP ada bagi gambar dia pada wani .. hmm tidak sabar rasanya mahu melihat siapakah orang nya .. :)
Notes: entry kali ni memang macam diary,kan?tak ada kata kata spontan .. saja sekali sekala buat belog ni macam diary .. meluah kan perasaan .. sekali sekala serious tak apa kan? :)

Thanks For Read My Blog ^__^

0 sayang echa:

Post a Comment

 
Blog Ini Hak Milik Eycha Evans