Friday, 18 October 2013

Dah Cukup "Happy" Dengan Kehidupan Sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat korang semua ..
lama dah rasa nya aku tak update blog kan?rindu
rasa nya nak baca belog korang .. korang pun mesti rindu kan nak
baca entry-entry poyo aku?jyeahh i'm back *alah lepas ni hilang lagi lettew*
okay mesti korang tertanya-tanya kan kemana aku menghilang beberapa bulan yang lepas?
sebenarnya aku tak kemana-mana pun,cuma malas nak log in blog je .. 
*nampak tak betapa pemalas nya aku kat situ?*
kemunculan semula aku dalam dunia blogging ni sebab aku nak share dengan korang
terbaru aku cehh acah-acah korang nak sangat pulak tau kisah kehidupan aku ..
takpe la yang penting aku puas hati dapat share suka duka aku dengan korang semua
memandang kan aku dah gila bapak punya lama tak update blog ni 
aku nak story mory sikit kat korang kisah kehidupan aku 2-3 bulan lepas 
korang pun tahu kan sebelum ni aku putus cinta lepas tu terus diam kan diri
aku diam kan diri bukan sebab aku frust menonggeng tapi sebab aku cuba cari
cinta sejati,cinta yang betul-betul cinta,yang bukan couple 2-3 minggu
yang ikhlas ..  dan syukur Alhamdulillah 08/06/2013 yang lepas 
aku couple dengan seorang lelaki bernama Muhammad Hairudin 
atau lebih mesra dengan panggilan "Khai" 
mesti korang pelik kan?selalunya kalau aku ada kekasih hati
mesti aku akan cerita kan semua nya kat sini tapi kenapa kisah aku dengan khai 
aku tak cerita kat sini?
ya aku sengaja tak update kisah cinta aku dengan dia kat sini sebab aku takut
kalau-kalau kami putus nanti ..
sebab cinta sebelum ni selalu je tak berkekalan,couple baru sebulan pun dah putus
aku takut aku dengan khai pun tak berkekalan sebab tu aku tak update kat sini
malu wei semua mengutuk aku je,cakap cinta tak pernah kekal lama lah
apa lah .. sampai ada yang anggap aku ni tak pandai jaga hati lelaki
*padahal lelaki yang tak pandai jaga hati aku*
tapi lepas beberapa minggu aku couple dengan khai aku dapat rasa kan yang khai lain sangat dari ex aku sebelum ni,dia selalu cuba buat aku rasa bahagia bila dengan dia 
aku rasa bahagia sangat-sangat dengan dia,sebab aku couple dengan dia je
aku selalu keluar jalan-jalan,makan-makan .. dengan ex aku mana pernah aku jumpa
cinta aku sebelum ni semua hanya di alam maya,semua bercinta dalam facebook je
sebab tu bila aku couple dengan khai aku rasa macam dia lah cinta pertama aku
baru aku dapat rasakan cinta yang sebenar,cinta sejati yang aku cari-cari selama ni
tiap-tiap hari rindukan dia,semakin hari cinta aku terhadap dia makin bertambah
sampai tiap kali aku balik dari dating dengan khai mesti kak mira tanya
"best dapat cinta realiti?" nampak sangat kan cuma dengan khai je aku keluar dating
bayangkan lah betapa happy nya aku bila khai ajak aku bertunang
mula-mula aku terkejut & tak percaya gak dengan dia,sebab masa tu kitaorang baru je couple tak sampai sebulan pun lagi .. tapi lepas nampak keseriusan dia nak memperisteri kan aku terus aku rasa
happy gila-gila,yela dia sanggup mesej mak aku tanya boleh tak dia nak masuk meminang aku
gila kan?baru couple dah ajak tunang bagai tapi tu la tandanya dia serius dengan aku
korang tahu tak?tak lama lagi kami akan bertunang tau! hari raya aidiladha yang lepas
ibu & ayah dia dah datang merisik aku,finally lepas 4 bulan couple dirisik gak akhirnya ..
ni ada gambar aku nak share dengan korang
majlis merisik

Alhamdulillah majlis merisik berjalan dengan lancar,setelah dibincangkan kami bakal bertunang pada 01/01/2014,syukur sangat akhirnya aku jumpa cinta yang selama ni aku cari-cari kan sangat ..
terima kasih YaAllah kerana beri aku kebahagiaan ini .. 
Notes: sayang Muhammad Hairudin sangat sangat :)





Thanks For Read My Blog ^__^

Sunday, 9 June 2013

#Wordless Sunday

 
Notes: Nobody knows what i feel .. only me and Allah know everything about my feeling

Thanks For Read My Blog ^__^

Saturday, 20 April 2013

Aku Kuat! Saya Kuat! I Kuat!

yes! aku kuat,aku bukan lemah tanpa cinta .. cuma tak mampu sendiri,berdiri tanpa dia ..
selagi tak dapat penganti selagi tu sedih,sebab teringat kan dia
tapi nak cari penganti memang sukar la nak buat
and mungkin tak ada penganti dia kot
bukan macam dia,sekejap je dah dapat penganti
biasa la lelaki kan,mana boleh hidup tanpa perempuan
*ececehh lagu kat blog aku ni sedih pulak*
macam ada kena mengena dengan hidup aku ..
cinta tu tak ada la indah mana pun,siapa cakap cinta tu indah?
cinta tu sakit,terluka,menangis,tersiksa .. yup sangat sakit .. *crying*
dah la malas nak tulis panjang panjang ..
mata aku pun dah berkaca nak nangis je rasa.. uolss layan jela 
video yang echa edit sendiri ni .. huhu .. ni lagu yang selalu echa dengar
bila putus cinta,meleleh air hidung bila dengar masa putus cinta 

Notes: outside :)
inside :( :'(

Thanks For Read My Blog ^__^

Wednesday, 3 April 2013

Patah Tumbuh Hilang Berganti


hello blogger semua .. i'm back berbekal kan harapan yang baru *bukan harapan pelesu* so hai hai hai semua nak kenal kan ni BF baru echa .. nama dia Mohd Nazrin Daniel .. dia ni muda dari echa,tak apa la cinta tak mengenal usia ye idok?macam biasa,echa kenal dia dari facebook je .. actually echa pernah ada dalam friendlist facebook dia tapi dia pernah remove echa .. yeahh echa pasti dia yang remove echa,sebab echa jarang remove remove orang dari facebook,sejak 2-3 hari ni je ade la remove budak budak yang haram tak pernah tegur echa .. tu pun sebab nak approve 5++ friend request yang still pending tu *wehh ayat aku gile riak* .. so kenal punya kenal kitaorang pun couple pada 31/03/13 hari tu *pendek kan sikit cerita,aku malas nak tulis panjang panjang tekak aku sakit (errr apa kena mengena?)* .. tak tau la dia bosan ke tak couple dengan echa,bayang kan la sehari couple cemburu echa tu macam setahun couple .. lepas tu kalau OTP pun kitaorang banyak berdiam dari bercakap .. 1 jam call ade la dalam 10 minit je cakap .. bongok kan?haha .. seriously couple dengan dia ni echa perlu banyak SABAR kot .. dugaan banyak weh :'( dia nih budak hot *tapi kawan dia lagi hot :p * dia selalu hangout sana sini dengan budak budak hot .. saingan echa?cute cute semua nya .. jelous itew,tapi tak apa .. echa berpegang pada satu ayat je "Kalau Jodoh Tak Kemana" kalau putus tu..... ermmmm no comment *ecehh acah acah artis lak* apa apa pun uolss doa kan la jodoh kami berkekalan sampai kawin,beranak cucu cicit birit piot .. lagi satu kalau korang nampak mamat kat atas tu tengah dating duduk berdua duaan dengan girl lain cepat cepat contact echa okay?kalau ramai ramai tak payah contact la sebab tu semua member dia je .. hmm berharap sangat kali ni kekal la .. :') walaupun naluri hati echa kuat mengatakan "aku takkan kekal dengan mamat ni" tapi malas la nak dengar kata hati sangat .. apa salah nya mencuba kan? :) okay tu je nak story mory kat korang .. kbyee 
Notes: Jangan Curang Ye "Budak Tak Cukup Umur" 

Thanks For Read My Blog ^__^

Thursday, 21 February 2013

Happy 2nd Monthsary


 
12 am - 21/02/2013 happy 2nd monthsary Acap!! hahh sempat gak nak update blog nih ngam ngam pukul 12 am hehe .. Dear Acap,thanks sebab sudi jadi kawan i seriously sebelum ni hidup i sunyi tak ada kawan langsung so dengan ada nya you sedikit sebanyak dapat la i rasa happy sikit tak ada la kosong sangat dah hidup i .. thanks ye walaupun kadang kadang i terbabas tak faham keadaan you tapi you tak pernah nak marah i ke ape ke kan .. thanks sebab jumpa i and family sekali gus :) i tahu you ikhlas kawan dengan i *kalau tak buat apa you datang jumpa family i kan?lagi satu kalau you tak ikhlas dari dulu you tak akan bersungguh sungguh call kakak i tanya pasal i,kan kan kan?kantoi sudah* seriously you pandai sangat amek hati orang tua,mak,abah,abang2 i,kakak2 i semua suka cara you .. sopan bila bercakap dengan orang tua tua .. pendek kata i senang berkawan dengan you .. walaupun you selalu busy and kita jarang text tapi i try untuk memahami you .. you tahu tak kadang kadang tension gak tunggu text dari you ni,i tunggu punya tunggu you tak text pun tapi i selalu try berfikiran positive i bukan nya budak budak lagi nak serang tak pakai helmet kan *ayat aku gila rempit doh* so i fikir yang baik baik je pasal you,baca text lama dari you yang sweet sweet lepas tu baru i cool balik,muehehe .. *malu nye lahai dah macam bf gf dah :P * lantak la kat aku,orang batak memang cenggini .. *gila* emm nak wish ape lagi erk?ohh ye .. Acap seandai nye suatu hari nanti you rasa bosan kawan dengan i you cakap la tau .. supaya i tak ganggu you lagi .. and i tak nak you kawan dengan i sebab rasa terpaksa,yela you kawan dengan i pun atas dasar family i yang suruh .. i pesan awal awal dah ni tau :P
Notes: kejap je dah 2 bulan :)

Thanks For Read My Blog ^__^

Wednesday, 20 February 2013

Meet Capital "A"


 
  hoi korang,lama nya echa tak update blog kan?biasa la penyakit malas datang hinggap kat diri echa la .. huhu mesti korang rindu echa kan kan kan? *perasan nye aku* okayh sebenarnya echa update blog ni pun sebab nak cerita sikit kat korang pasal tarikh 14/02/2013 .. apa?echa sambut valentine?no no no! tidak sama sekali okayh .. sebenarnya tarikh 14/02 tu tarikh echa jumpa dengan acap .. haa!!! finally kan,setelah beberapa kali tangguh akhirnya dapat gak jumpa .. sebenarnya tak plan pun nak jumpa tapi memandang kan si acap tu cuti raya cina tak habis lagi so masa hari sebelumnya tu acap call tanya echa nak jumpa tak .. echa pun amek kesempatan la nak jumpa dia kan .. yela bukan senang acap nak dapat cuti al maklum la orang busy memanjang kan,kalau cuti mula la kerja dia bertimbun .. then kita orang pun setuju la nak jumpa 14/02 tu .. esok nya echa pun bangun la pagi-pagi buta mandi & bersiap .. masa tu rasa tak sedap hati pun ada buat nya dia call and cakap "you,kita tak jadi jumpa la hari ni" tak ke naya kalau gitu?then dia mesej tanya dah siap ke belum lepas tu dia pun datang la .. echa pun suruh la dia naik atas rumah echa suruh dia mintak izin mak echa dulu sebab nak bawak echa keluar kan,dia pun naik la jumpa family echa .. hehe kelakar ouhh muka dia pucat je sebab segan kot .. echa pun kesian gak tengok dia,kalau ada abang wan *abang ipar echa* boleh la dia borak dengan abang wan .. dia asyik mesej ajak echa keluar cepat cepat je .. tapi mak cik echa la sibuk suruh acap makan dulu la apa la .. tapi kitaorang keluar gak la sebab mak echa and kakak echa kesian kat acap sebab acap pun dah segan sangat dah .. lepas tu kitaorang *echa & acap* berangkat la ke bank *teman acap*
 acap suruh echa tunggu dalam kereta echa pun tunggu jela dalam kereta .. ikut pun nak buat apa iye idok?lagi bosan kang .. ingat sekejap je acap nak masuk bank,rupanya punya lah lama .. ada la dekat setengah jam kot .. lepas tu kitaorang gerak pegi IOI MALL pulak .. sampai je kat IOI si acap ajak makan la pulak *errr mak echa ajak makan kat rumah echa tadi tak nak sangat* naik je tingkat atas dia ajak tengok wayang .. echa okayh je tak membantah *baik la konon kan :P * cerita Hantu Kak Limah 2 menjadi pilihan kami,nasib baik dia tak pilih cerita omputeh,malas nak tengok cerita omputeh kang mengantuk *tak ada kena mengena pun* so sebelum start movie tu kitaorang ada masa lagi sejam .. acap bawak echa pegi minum minum kat Teh Tarik Place .. sambil minum sambil borak tapi mesti acap bosan dengan echa sebab echa jenis yang membosan kan .. tak banyak cakap .. borak punya borak tiba tiba acap cakap macam ni "hah jatuh!" *sambil dia tengok dalam kedai Teh Tarik Place tu .. echa pun toleh la kan nak tengok siapa yang jatuh .. bila echa toleh balik kat dia,dia bagi bunga yang diperbuat dari tisu .. echa pun apa lagi melting plus blushing habis la kan .. baru echa tau dia mintak tisu sebab nak buat bunga tu .. dalam hati echa cakap "ehh boleh tahan jiwang gak mamat nih .. romantik gak even selalu busy"
bunga & tiket wayang .. saja simpan sebagai kenangan :)

lepas minum kitaorang pegi main snooker,echa tak pandai pun main snooker sebab tak pernah main pun .. acap la yang ajar echa,dah bosan belajar main snooker echa cuma tengok jela acap main sorang sorang .. haha kesian dia kena main sorang sorang .. lepas tu baru kitaorang pergi tengok wayang .. lepas tengok wayang terus balik sebab acap tak nak hantar lewat lewat sangat dia takut lain kali nak jumpa lagi susah pulak .. *takut abah echa tak percaya dia* .. dah sampai rumah bye bye bye apa semua terus echa naik atas rumah .. TAMAT .. sorry ye acap sebab masa awak datang rumah saya terlampau ramai orang .. saya tak sangka pulak sampai pak cik mak cik,atok,nenek saya pun ada kat rumah .. semua tu kebetulan .. kesian awak malu malu je .. ehh tapi muka awak tengah malu sumpah comel :P ..

Thanks For Read My Blog ^__^

Tuesday, 1 January 2013

Tak Jadi Jumpa Dia :(

 
morning people *buang taik mata*woi woi korang,echa tengah sedih ni .. :( hmm echa tak jadi jumpa acap *sedih tak?* hari ni memang dia cuti and dia ajak echa jumpa *bukan senang acap nak cuti tau*,tapi semalam kitaorang tak plan betul betul echa text dia tapi fon dia battry low pulak, dia kat luar masa tu *time time tu la battry phone dia buat hal* punya la lama echa tunggu dia,mana la tau dia balik terus charge phone dulu kan sebelum tidur .. tapi echa tunggu dia dari pukul 12.21 am sampai pukul 7 am lebih dia tak text echa pun .. *semangat betul echa nak jumpa dia* bukan apa,echa nak kena plan betul betul sebab echa ni bersiap punya la lama kan,mandi pun sejam .. make up jangan cakap la,mau nya makan masa 14 jam *tipu* lepas tu echa nak kena plan dengan mak lagi, ape?plan ape? alaa korang faham faham la,abah echa tu sikit punya tegas .. so kena kamching dengan mak la supaya abah tak naik angin ke ape ke kan .. tapi acap la buat spoil pukul 12 tengah hari kot,baru dia text echa tanya nak jumpa ke tak .. echa pun cakap tak la,dah la echa baru bangun time tu .. kepala pun duk pening semacam je .. mak asyik tanya je bila acap nak datang .. lepas tu tadi echa pergi rumah akak sebab nak tengok maharajalawak mega ..masa tengah tengok tu abah echa sampai *saja nak lepak rumah kakak echa* mula mula abah sembang pasal tok echa dengan akak echa .. dah habis cakap pasal tok tu terus abah tanya kat akak echa "mana kawan cha tu?kenapa tak datang?abah dah tolong mak kemas kemas sikit rumah tu" *sambil abah tengok echa sambil tersenyum* lepas tu akak echa cakap "tak tau la abah,tu abah kena tanya cha la" perghhh gila lah abah pun bagi echa kawan dengan acap?macam tak percaya pun ada .. terus rasa lapang je dada ni,tak ada la cuak sangat dah,sebab abah pun tak marah apa pun echa berkawan dengan acap .. huhu pelik sungguh la abah echa ni .. tak pernah pernah abah restu kalau echa berkawan dengan mana mana lelaki .. kali ni sporting la pulak .. :D Alhamdulillah .. lepas ni tak ada la gelisah sangat kalau nak jumpa acap .. THANK YOU ABAH! :)

Thanks For Read My Blog ^__^

 
Blog Ini Hak Milik Eycha Evans