Friday, 18 October 2013

Dah Cukup "Happy" Dengan Kehidupan Sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat korang semua ..
lama dah rasa nya aku tak update blog kan?rindu
rasa nya nak baca belog korang .. korang pun mesti rindu kan nak
baca entry-entry poyo aku?jyeahh i'm back *alah lepas ni hilang lagi lettew*
okay mesti korang tertanya-tanya kan kemana aku menghilang beberapa bulan yang lepas?
sebenarnya aku tak kemana-mana pun,cuma malas nak log in blog je .. 
*nampak tak betapa pemalas nya aku kat situ?*
kemunculan semula aku dalam dunia blogging ni sebab aku nak share dengan korang
terbaru aku cehh acah-acah korang nak sangat pulak tau kisah kehidupan aku ..
takpe la yang penting aku puas hati dapat share suka duka aku dengan korang semua
memandang kan aku dah gila bapak punya lama tak update blog ni 
aku nak story mory sikit kat korang kisah kehidupan aku 2-3 bulan lepas 
korang pun tahu kan sebelum ni aku putus cinta lepas tu terus diam kan diri
aku diam kan diri bukan sebab aku frust menonggeng tapi sebab aku cuba cari
cinta sejati,cinta yang betul-betul cinta,yang bukan couple 2-3 minggu
yang ikhlas ..  dan syukur Alhamdulillah 08/06/2013 yang lepas 
aku couple dengan seorang lelaki bernama Muhammad Hairudin 
atau lebih mesra dengan panggilan "Khai" 
mesti korang pelik kan?selalunya kalau aku ada kekasih hati
mesti aku akan cerita kan semua nya kat sini tapi kenapa kisah aku dengan khai 
aku tak cerita kat sini?
ya aku sengaja tak update kisah cinta aku dengan dia kat sini sebab aku takut
kalau-kalau kami putus nanti ..
sebab cinta sebelum ni selalu je tak berkekalan,couple baru sebulan pun dah putus
aku takut aku dengan khai pun tak berkekalan sebab tu aku tak update kat sini
malu wei semua mengutuk aku je,cakap cinta tak pernah kekal lama lah
apa lah .. sampai ada yang anggap aku ni tak pandai jaga hati lelaki
*padahal lelaki yang tak pandai jaga hati aku*
tapi lepas beberapa minggu aku couple dengan khai aku dapat rasa kan yang khai lain sangat dari ex aku sebelum ni,dia selalu cuba buat aku rasa bahagia bila dengan dia 
aku rasa bahagia sangat-sangat dengan dia,sebab aku couple dengan dia je
aku selalu keluar jalan-jalan,makan-makan .. dengan ex aku mana pernah aku jumpa
cinta aku sebelum ni semua hanya di alam maya,semua bercinta dalam facebook je
sebab tu bila aku couple dengan khai aku rasa macam dia lah cinta pertama aku
baru aku dapat rasakan cinta yang sebenar,cinta sejati yang aku cari-cari selama ni
tiap-tiap hari rindukan dia,semakin hari cinta aku terhadap dia makin bertambah
sampai tiap kali aku balik dari dating dengan khai mesti kak mira tanya
"best dapat cinta realiti?" nampak sangat kan cuma dengan khai je aku keluar dating
bayangkan lah betapa happy nya aku bila khai ajak aku bertunang
mula-mula aku terkejut & tak percaya gak dengan dia,sebab masa tu kitaorang baru je couple tak sampai sebulan pun lagi .. tapi lepas nampak keseriusan dia nak memperisteri kan aku terus aku rasa
happy gila-gila,yela dia sanggup mesej mak aku tanya boleh tak dia nak masuk meminang aku
gila kan?baru couple dah ajak tunang bagai tapi tu la tandanya dia serius dengan aku
korang tahu tak?tak lama lagi kami akan bertunang tau! hari raya aidiladha yang lepas
ibu & ayah dia dah datang merisik aku,finally lepas 4 bulan couple dirisik gak akhirnya ..
ni ada gambar aku nak share dengan korang
majlis merisik

Alhamdulillah majlis merisik berjalan dengan lancar,setelah dibincangkan kami bakal bertunang pada 01/01/2014,syukur sangat akhirnya aku jumpa cinta yang selama ni aku cari-cari kan sangat ..
terima kasih YaAllah kerana beri aku kebahagiaan ini .. 
Notes: sayang Muhammad Hairudin sangat sangat :)





Thanks For Read My Blog ^__^

 
Blog Ini Hak Milik Eycha Evans