Thursday, 5 April 2012

Hurmm :'(



heyy blogger dan readers yang masih setia buka blog EE yang sekali sekala baru terhapdate ni .. korang apa khabar?hurmm EE sihat je badan pun dah makin gemuk la .. seriously EE benci tengok susuk tubuh EE sekarang ni .. memang gemuk gila .. selama ni EE degil,tak dengar cakap mak .. mak EE selalu marah bila EE makan banyak banyak,mak EE selalu cakap macam ni "jangan makan banyak banyak cha,nanti badan hang gemuk susah" tapi EE tak pernah amek port dengan ape yang mak EE cakap .. tadi terbukti badan EE dah gemuk macam badak .. baju yang EE baru pakai 6 bulan lepas dah tak muat EE nak pakai tadi kalau tak muat sikit tak apa,ni memang tak boleh nak pakai langsung .. menangis la jugak EE tadi .. hurmm macam mana ni?EE sangat sangat la tak suka makan apa jenis ubat pun .. menyesal nye tak dengar cakap mak dulu .. menyesal sangat sangat .. :'( sekrang ni EE dah hilang keyakinan nak bergaya dan pakai baju cantik cantik .. bila pakai baju body mesti nampak buncit je perut EE .. nak keluar pun dah malas .. bila keluar mesti ada perempuan gelak kan EE .. now mesti dah makin susah EE nak dapat boyfriend .. tak apa la redha jela dengan ketentuan ALLAH S.W.T .. kalau ada,ada la jodoh .. hurmm mulai hari ni EE tak kan bercinta dengan sesiapa pun selagi EE tak kurus ..
Thanks For Read My Blog ^__^

Sunday, 1 April 2012

Hukum Menyambut AprilFool Day




hyep semua :) haihh pejam celik pejam celik sekarang dah masuk bulan 4 dah .. sekejap je masa berlalu .. and EE still macam selalu .. still single mingle .. hurmm kadang kadang best single,kadang kadang bosan gak .. yela orang lain semua ada pasangan untuk nak luahkan perasaan,berkongsi suka duka sama sama .. tapi EE still macam ni la .. arghhh forget it *ni nak cite pasal aprilfool or kisah single aku n?* ihaha berbalik pada tajuk entry EE ni .. berkenaan aprilfool,masuk je bulan 4 benda ni la yang di tunggu tunggu semua orang .. yela nak kena kan orang la katakan .. yang awek nak kena kan pakwe,yang pakwe nak kenakan awek,mak nak kena kan anak,anak nak kena kan mak .. macam macam lagi la .. kiranya aprilfool ni dah familiar dengan bulan 4 la *haihh memey la,dah nama pun aprilfool* korang confirm pernah buat kat sesiapa kan?jangan nak kata tak la kan,semua mesti pernah buat punya .. EE pun tipu la kalau EE kata EE tak pernah buat .. seriously memang EE dah banyak kali pernah buat benda ni,first time masa darjah lima,kenakan kawan sekelas,dia baru nak duduk EE pegi tarik kerusi dia,dia jatuh and menangis,kali kedua EE kenakan boyfie EE,haa yang ni memang EE selalu buat bila aprilfool menjelang tiba,EE mesej boyfie EE and cakap EE excident teruk,sampai masuk hospital .. kadang kadang EE mesej buat buat nak mintak putus .. okay kalau difikir secara logik nya la kan yang EE tarik kerusi member EE tu,kalau bontot dia patah and dia jadi lumpuh macam mana?yang EE cakap EE excident tu,buatnya boyfie EE bawak moto laju laju sebab nak cepat tengok EE and tiba tiba dia yang excident macam mana?and yang EE mintak putus tu pulak sampai betul betul boyfie EE tinggal kan EE .. :'( aprilfool sana aprilfool sini .. syoknya bodoh bodoh kan orang kan? yang mengenakan orang memang rasa syok! tapi yang terkena memang rasa macam nak tendang je bontot orang yang kenakan dia .. ni ada sedikit info yang EE nak kongsi dengan korang pasal APRILFOOL!

( Bergurau & Berhibur Bagi Tujuan Menipu & Mengenakan Orang Lain )

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda:
...
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.”
[HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.”
[HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini ( April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.


#bawah ni info yang EE dapat dari facebook


Notes: kesimpulan nya kita tak payah la nak meraikan apa yang orang barat amalkan,maulidurrasul taknak pulak sambut aprilfool jugak nak disambutnya :) renung renungkan dan selamat beramal

Thanks For Read My Blog ^__^

Tiny CD
 
Blog Ini Hak Milik Eycha Evans