setiap wanita mengingin kan bau badan yang sentisa harum,namun ada juga wanita yang bernasib malang kerana mempunyai tubuh badan yang cepat berpeluh dan ketiak akan berbau,walaupun mereka memakai minyak wangi bau ketiak masih dapat dikesan .. sehingga kan mereka hilang keyakinan diri untuk bersukan,bertemu kekasih dan berjumpa orang ramai .. disini EE ingin berkongsi tips hilangkan bau ketiak pada korang semua .. selamat mencuba
1. Ambil sebiji limau purut, kemudian belah dua. Sapukan limau tersebut ke bahagian bawah ketiak, biarkan seketika sebelum dicuci. Lakukan tiga kali seminggu atau terpulang kepada anda jika ingin melakukan lebih kerap. InsyaAllah bau ketiak yang tidak menyenangkan akan hilang dan badan akan terasa segar dengan haruman semula jadi dari perahan air limau purut. Limau nipis juga boleh digunakan.
2. Jika ketiak anda hitam dan berbau, anda boleh menyapukannya dengan kapur sireh dan limau nipis, apabila anda selesai mandi. Amalkan cara ini selama seminggu, anda akan dapati ketiak anda cerah dan tidak berbau.
3. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan segenggam beras dan digoreng. Bahan-bahan ini hendaklah ditumbuk halus. Kemudian sapulah di bahagian yang bermasalah (ketiak). Anda hendaklah lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan anda hilang. Jika bau tersebut hilang, anda boleh gosokkan di tempat tertentu seminggu sekali.
0 sayang echa:
Post a Comment